FGV Annual Report 2012
46 Felda Global Ventures Holdings Berhad Board of Directors Lembaga Pengarah Dato’Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Malaysian, aged 56, was appointed as Non-Independent Non-Executive Director of FGV on 29th November 2012. He holds a PhD in Economics from International Islamic University Malaysia, Masters of Science in Energy, Management and Policy from University of Pennsylvania, United States of America, and Bachelors Degree with Honours in Population Studies from University Malaya. He also attended the Advanced Management Program at Harvard Business School, Harvard University, United States of America. He has extensive experience working in the Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Department from 1984 until 2003 and was involved in the preparation of the Fifth Malaysia Plan, Action Plan of the First Industrial Master Plan, and setting up of the Energy Division. In 2003, he joined the Ministry of Finance (MOF) and held various positions, including Principal Assistant Secretary in the Economics and International Division, Head of Econometrics Section, Head of Multi Lateral Relations, Deputy Under Secretary (Macro) of the Economics and International Division, and Under Secretary of Economics and International Division, before being appointed as Deputy Secretary General (Policy) in 2011. He is currently the Secretary General of MOF. He is currently the Chairman of Retirement Fund Incorporated and sits on the boards of Federal Land Development Authority (FELDA), International Islamic University Malaysia, Capital Market Development Fund, Malaysian Venture Capital Development Council, Lembaga Tabung Haji, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Danainfra Nasional Berhad, Malaysia Airline System Berhad (MAS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) and GovCo Holdings Berhad. He is a nominee director of MOF Incorporated, the holder of the Special Share of FGV under the Memorandum and Articles of Association of FGV. He attended one out of two Board Meetings of the Company held during the financial year under review since his appointment as Director. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Dato’Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, warganegara Malaysia, berusia 56 tahun, telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 29 November 2012. Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Sains dalamTenaga, Pengurusan dan Dasar dari University of Pennsylvania, Amerika Syarikat, dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Kajian Populasi dari Universiti Malaya. Beliau juga telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang luas bekerja di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1984 sehingga tahun 2003 dan terlibat dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kelima, PelanTindakan Pelan Induk Perindustrian Pertama, dan penubuhan Bahagian Tenaga. Pada tahun 2003, beliau menyertai Kementerian Kewangan (MOF) dan memegang pelbagai jawatan termasuk Penolong Utama Setiausaha di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Ketua Bahagian Ekonometrik, Ketua Perhubungan Pelbagai Hala, Timbalan Setiausaha Bahagian (Makro) Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, dan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) pada tahun 2011. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha MOF. Terkini, beliau merupakan Pengerusi KumpulanWang Persaraan Diperbadankan dan menjadi ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dana Pembangunan Pasaran Modal, Majlis Pembangunan ModalTeroka Malaysia, LembagaTabung Haji, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Danainfra Nasional Berhad, Malaysia Airline System Berhad (MAS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan GovCo Holdings Berhad. Beliau merupakan calon pengarah Kementerian Kewangan (Diperbadankan), pemegang Saham Khas FGV di bawah Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan FGV. Beliau telah menghadiri satu daripada dua Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan sejak pelantikan beliau sebagai Pengarah. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah Non-Independent and Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=