FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 45 Tan Sri Dato’ Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tan Sri Dato’Sri Dr Wan Abdul AzizWan Abdullah, Malaysian, aged 60, was appointed as Independent Non-Executive Director of FGV on 12th August 2012 and was re-designated as Independent Non-Executive Director on 24th April 2013. He is also a Member of the Board Steering Committee. He holds a Bachelor of Economics (Honours) Degree in Applied Economics from University of Malaya and a Masters of Philosophy in Development Studies from the Institute of Development Studies, University of Sussex, United Kingdom (UK). He obtained a PhD in Economics from School of Business and Economic Studies, University of Leeds, UK. In 2004, he attended the Advanced Management Programme at Harvard Business School, Harvard University. He began his career in the Administrative and Diplomatic Service as Assistant Director, Economic Planning Unit (EPU) in the Prime Minister’s Department in 1975. He was later promoted to the position of Senior Assistant Director, Macro-Economics in 1984, Senior Assistant Director, Human Resource Section and Director, Energy Section in 1988. In the same year, he was seconded to theWorld Bank Group inWashington DC, United States of America as Alternate Executive Director. He then served the Ministry of Finance (MOF) as Deputy Secretary in the Economics and International Division in 2001. He later returned to EPU in the Prime Minister’s Department as Deputy Director General, Macro Planning Division, in 2004. In 2005, he was appointed Deputy Secretary General of Treasury (Policy), Federal Treasury in the MOF and later on as the Secretary General of MOF, a position he held until his retirement in May 2008 and subsequently continued to serve as Secretary General of Treasury until August 2012. He currently sits on the boards of Malaysia Airports Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Johor Petroleum Development Corporation Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad and Sime Darby Berhad. He also sits as a Board member of a subsidiary within Felda Global Ventures Group of Companies. He attended three out five Board Meetings of the Company during the financial year under review since his appointment as Director. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Tan Sri Dato’ Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, warganegara Malaysia, berusia 60 tahun, telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif FGV pada 12 Ogos 2012 dan telah dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 24 April 2013. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pengarah. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Falsafah dalam Pengajian Pembangunan dari Institut Kajian Pembangunan, University of Sussex, United Kingdom (UK). Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dari Fakulti Perniagaan dan Pengajian Ekonomi, University of Leeds, UK. Pada tahun 2004, beliau telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Universiti Harvard. Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1975. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengarah Kanan, Makro-Ekonomi pada tahun 1984, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Pengarah, Bahagian Tenaga pada tahun 1988. Pada tahun yang sama, beliau telah dipinjamkan kepada Kumpulan Bank Dunia di Washington DC, Amerika Syarikat sebagai Pengarah Eksekutif Pengganti. Beliau kemudian berkhidmat di Kementerian Kewangan (MOF) sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa pada tahun 2001. Beliau kemudian kembali ke EPU di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan Makro, pada tahun 2004. Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Perbendaharaan Persekutuan di MOF dan seterusnya sebagai Ketua Setiausaha MOF, jawatan yang disandang sehingga persaraan beliau pada bulan Mei 2008 dan kemudiannya terus berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan sehingga bulan Ogos 2012. Terkini, beliau adalah ahli lembaga pengarah di Malaysia Airports Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Johor Petroleum Development Corporation Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan Sime Darby Berhad. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah sebuah anak syarikat dalam Kumpulan Syarikat Felda Global Ventures. Beliau telah menghadiri tiga daripada lima Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan sejak pelantikan beliau sebagai Pengarah. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=