FGV Annual Report 2012
233 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 52 PERISTIWA PENTING SEMASA TAHUN KEWANGAN (a) Pada 2 Januari 2012, Syarikat telah memeterai perjanjian tambahan kepada LLA (“LLA Tambahan”) untuk mengambilalih aset dan liabiliti tertentu selain daripada aset biologi bagi estet perladangan yang dimiliki oleh FELDA untuk pertimbangan pembelian yang setara dengan nilai bawaan aset-aset dan liabiliti-liabiliti yang diambilalih pada 31 Disember 2011 berjumlah RM54,690,000, yakni menghapuskan keperluan untuk persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri sebelumbermulanya LLA dan meminda takrifnya. Hasilnya, LLA (“LLA”) bermula pada 1 Januari 2012. Pada 6 Januari 2012, sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula, FELDA, Syarikat dan Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (“FGVPM”), sebuah anak syarikat milik Syarikat telah memeterai satu perjanjian novasi di mana semua manfaat, hak, hakmilik, kepentingan, tanggungjawab, aku janji, perjanjian dan liabiliti Syarikat di bawah LLA dan LLATambahan akan dipindahkan oleh Syarikat kepada FGVPM dari 1 Januari 2012 dan FELDA telah bersetuju untuk memindahkan semua manfaat, hak, hakmilik, kepentingan, tanggungjawab, aku janji, perjanjian dan liabiliti Syarikat kepada FGVPM tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian novasi tersebut. Pengambilalihan estet perladangan memenuhi kriteria bagi perakaunan sebelumnya. Perbezaan di antara nilai saksama pertimbangan pembelian dan nilai bawaan aset bersih yang diambilalih berjumlah RM2,088.97 juta telah diiktiraf sebagai rizab penyusunan semula. (b) Pada 9 Januari 2012, Lembaga Pengarah FELDA telah meluluskan penukaran semua RCPS dan RCCPS yang diterbitkan oleh FGVH kepada FELDA kepada saham biasa. Bilangan RCPS dan RCCPS yang ditukar ialah 329,949,500 dan 570,590,000 masing-masing, pada nilai nominal RM0.01 dan premiumRM0.99 sesaham. Penukaran RCPS dan RCCPS itu telah siap pada 17 Mei 2012, yang menghasilkan peningkatan dalammodal saham FGVH yang diterbitkan dan berbayar iaitu daripada RM1,767,612,000 kepada RM2,668,151,500. Berikutan itu, perbezaan di antara nilai bawaan dan nilai penebusan berjumlah RM9.75 juta telah didebitkan kepada keuntungan atau kerugian, dan sejumlah RM9.0 juta yang bersamaan dengan nilai tara RCPS dan RCCPS yang telah ditebus telah dipindahkan daripada perolehan tersimpan kepada rizab-rizab modal selaras dengan kehendak Akta Syarikat 1965. (c) Pada 18 Januari 2012, Syarikat telah ditukar kepada syarikat awam untuk tujuan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Penyenaraian”). Berikutan itu, Syarikat telah menukar namanya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad. (d) Pada 20 Januari 2012, Lembaga Pengarah Kumpulan telah meluluskan cadangan skim penyusunan semula korporat bagi menyusun semula dan menyenaraikan FGVH di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang kemudiannya dimaklumkan oleh Lembaga Pengarah pada 26 Mac 2012 . (e) Satu Perjanjian Bekalan dan Penghantaran (“SDA”) bertarikh 22 Februari 2012 telah ditandatangani antara FGVPM, anak syarikat milik penuh Syarikat dan Felda Palm Industries Sdn Bhd (“FPISB”), sebuah anak syarikat Felda Holdings Bhd, iaitu sebuah syarikat bersekutu Syarikat. Perjanjian itu menyatakan bahawa FPISB boleh menjual semua MSM yang dihasilkan daripada BTS yang dibekalkan oleh FGVPM selain sumber-sumber bekalan lain, kepada FGVPM. Asas harga MSM yang dihantar adalah menggunakan prinsip yang sama digunakan untuk mendapatkan harga BTS. BTS yang dibekalkan kepada FPISB oleh FGVPM akan diiktiraf sebagai perolehan jualan BTS oleh FGVPM. Sebelum SDA dimeterai, tiada hasil daripada jualan MSM dan tiada kos jualan yang berkaitan dengan pembelian MSM telah diiktiraf oleh FGVH. Selain daripada perolehan yang diiktiraf oleh FGVPM daripada jualan MSM yang dihasilkan oleh FPISB hasil bekalan FGVPM, FGVPM juga mengiktiraf perolehan daripada penjualan semula MSM yang dihasilkan oleh FPISB daripada BTS yang didapatinya daripada pembekal lain. Bagi MSM yang dihasilkan daripada BTS yang diperolehi daripada pembekal lain, kos jualan diiktiraf daripada kos pembelian yang dicaj oleh FPI. (f) Pada 16 Mei 2012, modal saham biasa dibenarkan FGVH telah dinaikkan daripada RM2,000,000,000 yang terdiri daripada 2,000,000,000 saham biasa bernilai RM1 setiap satu kepada RM4,000,000,000 yang terdiri daripada 4,000,000,000 setiap satu biasa bernilai RM1 sesaham dan 1 saham khas bernilai RM1 setiap satu. (g) Pada 26 Jun 2012, sejajar dengan penyenaraiannya, Syarikat telah meningkatkan modal terbitan dan berbayarnya kepada RM3,648,151,501 menerusi terbitan awam sebanyak 980,000,000 saham baru.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=