FGV Annual Report 2012

232 Felda Global Ventures Holdings Berhad 51 LIABILITI LUAR JANGKA (sambungan) (a) Sebuah syarikat bersekutu Kumpulan, Felda Holdings Bhd, mempunyai liabiliti luar jangka yang berikut, yang mana Kumpulan tidak bertanggungjawab secara bersama atau berasingan: (sambungan) (v) Pada 20 September 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 550 peneroka Gugusan Bera untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Plaintif menuntut bahagian mereka daripada jualan kernel, abu bakar dan minyak enapan yang diperolehi daripada konsainan BTS mereka yang dijual kepada kilang-kilang FPISB. Tuntutan itu berjumlah RM19.2 juta bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi pada 15 November, SOD pada 3 Januari 2012 dan juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan Plaintif pada 25 Januari 2012. Mahkamah telah pada 19 April 2012 membenarkan dalam syarat-syarat permohonan oleh FELDA dan FPISB untuk membatalkan 20 Plaintif dengan kos kepada punca. Mahkamah kini menetapkan perkara tersebut untuk pengurusan kes pada 29 April 2013 bagi menetapkan tarikh perbicaraan dan penandaan dokumen. Tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes tersebut. (vi) Pada 10 Mei 2012, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 770 peneroka Rancangan Felda Chini 1 hingga 5 dan Rancangan Felda Chini Timur 1 hingga 3 di Pahang atas dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM24.8 juta bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di MahkamahTinggi pada 16 Mei 2012. Kes ini ditetapkan untuk Pengurusan Kes pertama pada 21 Mei 2012 dan SOD pada 18 Jun 2012. Mahkamah telah menetapkan tarikh baru bagi pengurusan kes pada 11 December 2012 bagi membolehkan pihak-pihak terlibat memfailkan Ikatan Rayuan, Ikatan Dokumen, Fakta Dipersetujui dan Isu yang akan Dibicarakan serta Ringkasan Kes. Mahkamah telah menetapkan perkara tersebut untuk Perbicaraan pada 11 hingga 13 Mac 2013, yang telah ditangguhkan kepada 10 hingga 13 September 2013. (vii) Pada 5 Jun 2012, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 956 peneroka Rancangan Felda Keratong 1 hingga 10 untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM30.9 juta untuk tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun 2012. Pembelaan telah difailkan pada 17 Julai 2012. Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengosongkan tarikh perbicaraan bagi perkara ini yang telah ditetapkan pada 9 hingga 10 April 2013. Perkara ini bagaimanapun dipanggil untuk sebutan pada 9 April 2013. Mahkamah Tinggi mengarahkan supaya semua pihak terlibat menghadiri satu sesi pengantaraan pada 16 Mei 2013 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. Dalam apa jua keadaan, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh baru untuk perbicaraan perkara ini iaitu pada 7 hingga 11 Oktober 2013. (viii) Pada 25 Januari 2013, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 351 peneroka Rancangan Felda Mempaga untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Mahkamah Tinggi Temerloh telah menetapkan perkara itu untuk sebutan pada 5 Mac 2013 bagi membolehkan Defendan untuk hadir dan memfailkan Pembelaan. Mahkamah kini telah menetapkan perkara tersebut untuk pengurusan kes pada 29 April 2013. (ix) Pada 13 Disember 2011, Felda Prodata Systems Sdn Bhd (“Felda PRODATA”) telah melantik Lunas Teknologi Sdn Bhd (“Lunas”) untuk membangun, membekal, memasang dan memulakan sistem pengurusan ladang yang baru untuk ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Sistem RML2 (“Projek”). Berikutan itu, pada 4 April 2012, pihak-pihak terlibat telah memeterai Kontrak Jualan dan Pembelian untuk sistem pengurusan estet perladangan kelapa sawit (RML2). Pada 7 Januari 2013, LKKP Corporation Sdn. Bhd, sebuah entiti yang mendakwa memiliki perisian yang dijual oleh Lunas kepada Felda PRODATA di bawah Projek tersebut, telah menyaman Felda PRODATA dan menuntut antara lain, agar Felda PRODATA berhenti memasarkan atau menyatakan bahawa perisian tersebut adalah milik Felda PRODATA, ganti rugi umum dan teladan dan pemulangan semua data dan maklumat yang berkaitan dengan perisian tersebut. Lunas juga telah dinamakan sebagai Defendan Bersama dalam saman yang sama. Perkara ini telah menjalani beberapa pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pendaftar kini telah menetapkan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 6 Jun 2013 di hadapan Hakim untuk arahan lanjut. Berdasarkan maklumat yang ada dan nasihat undang-undang yang diterima, para pengarah Felda Holdings Bhd berpendapat bahawa terdapat peluang yang munasabah untuk membela semua tuntutan di atas dan oleh itu, tiada peruntukan telah dibuat dalam penyata kewangan Felda Holdings Bhd. Hasilnya, tiada pelarasan telah dicatatkan untuk bahagian keputusan syarikat bersekutu dalam keuntungan dan kerugian Kumpulan. (b) Syarikat bersekutu Kumpulan, Tradewinds (M) Berhad, mempunyai beberapa tanggungan luar jangka, di mana Kumpulan tidak bertanggungjawab secara bersama atau berasingan. Hasil daripada penjualan Tradewind (M) Berhad seperti yang dinyatakan dalam Nota 53, Kumpulan tidak mempunyai pendedahan kewangan lanjut bagi kesemua luar jangka ini. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=