FGV Annual Report 2012

231 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 50 KOMITMEN (sambungan) Kumpulan (sambungan) (b) Komitmen modal Kumpulan 2012 2011 RM’000 RM’000 Perbelanjaan modal diluluskan dan dikontrakkan: –Hartanah, loji dan peralatan 92,507 20,105 Perbelanjaan modal diluluskan tetapi tidak dikontrakkan: – Hartanah, loji dan peralatan 296,724 85,161 – Aset biologi 31,963 – 421,194 105,266 51 LIABILITI LUAR JANGKA (a) Sebuah syarikat bersekutu Kumpulan, Felda Holdings Bhd, mempunyai liabiliti luar jangka yang berikut, yang mana Kumpulan tidak bertanggungjawab secara bersama atau berasingan: (i) Pada 12 Jun 2009, Felda Palm Industries Sdn Bhd (‘FPISB’) dan FELDA telah disaman oleh 645 peneroka Skim Felda Maokil di Johor untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM71.8 juta. Pada 30 November 2011, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa kes itu akan didengar di hadapan satu prosiding timbang tara berdasarkan seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 dan perjanjian asal di antara peneroka dan FELDA yang menyebut bahawa jika terdapat sebarang pertikaian, pertikaian itu hendaklah didengar di hadapan prosiding timbang tara. Pada 29 Ogos 2012, MahkamahTinggi Johor Bahru mengarahkan kes ini ditutup sementara menunggu keputusan Usul dan Rayuan Plaintif kepada Mahkamah Persekutuan terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 16 Julai 2013 untuk pengurusan akhir kes bagi Usul Asal Pemohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk Tinggalkan Rayuan. (ii) Pada 3 September 2010, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 514 peneroka Skim Serting Felda dan 252 peneroka Skim Felda Gugusan Raja Alias di Jempol, Negeri Sembilan untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM15.4 juta bagi tahun 2008 sahaja. FPISB memfailkan Rayuan dan Penyata Pembelaan (‘SOD’) di Mahkamah Tinggi Seremban pada 22 Disember 2011. Mahkamah Tinggi Seremban menetapkan 14 September 2012 untuk mendengar permohonan Plaintif untuk menarik balik 82 Plaintif daripada saman itu. Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan sewajarnya tetapi ia menekankan bahawa permohonan itu telah meninggalkan 14 lagi Plaintif. Oleh itu, Mahkamah mengarahkan Peguamcara Plaintif untuk memfailkan permohonan kedua untuk menarik balik saman bagi Plaintif yang ditinggalkan sebelum ini serta untuk memfailkan semula Isu-isu baru yang akan Dibicarakan dan fakta-fakta yang Dipersetujui. Mahkamah kini telah menangguhkan perkara tersebut, sementara menunggu tarikh perbicaraan akan datang pada 12, 15 dan 16 Julai 2013 untuk Defendan memeriksa balas saksi kedua Plaintif. (iii) Pada 12 Julai 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 711 peneroka Felda Jengka 1 hingga 25 dan Felda Sg. Tekam di Temerloh, Pahang (Jengka A) untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM22.9 juta bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan SOD di MahkamahTinggiTemerloh pada 9 September 2011 dan plaintif telah memfailkan jawapan mereka pada 9 November 2011. Mahkamah telah pada 24 April 2012 membenarkan di dalam syarat-syarat permohonan oleh FELDA dan FPISB untuk membatalkan 42 Plaintif dengan kos kepada punca. Mahkamah kini menetapkan perkara tersebut untuk pengurusan kes pada 29 April 2013 bagi penetapan tarikh perbicaraan dan penandaan dokumen. Tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes tersebut. (iv) Pada 10 November 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 365 peneroka Felda Jengka 1 hingga 7, 10, 13 hingga 19, 23 hingga 24, Felda Ulu Jempol dan Felda Sg. Tekam Utara (Jengka B) untuk dakwaan penipuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan itu berjumlah RM11.7 juta bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 15 November 2011, Penyata Pembelaan pada 27 Disember 2011 dan permohonan untuk Membatalkan tuntutan Plaintif pada 9 Februari 2012. Di samping itu, kedua-dua Defendan dan Plaintif telah memfailkan penghujahan bertulis mengenai isu Pembatalan tersebut. Mahkamah telah pada 19 April 2012 membenarkan dalam syarat-syarat permohonan oleh FELDA dan FPISB untuk membatalkan 20 Plaintif dengan kos kepada punca. Mahkamah kini menetapkan perkara tersebut untuk pengurusan kes pada 29 April 2013 bagi menentukan pengurusan kes akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=