FGV Annual Report 2012

234 Felda Global Ventures Holdings Berhad 53 PERISTIWA PENTING SELEPAS TEMPOH LAPORAN (a) Pada 29 Januari 2013, selaras dengan kelulusan Lembaga Pengarah, Syarikat telah mengumumkan penerimaan Tawaran Am Sukarela (“VGO”) bagi Tradewinds (M) Berhad (“Tradewinds”) dengan harga tawaran tunai RM9.30 bagi setiap tawaran saham. Rasional untuk penerimaan cadangan tawaran itu adalah seperti berikut: (i) Syarikat akan merealisasikan pulangan yang menarik di atas pelaburan kerana harga tawaran itu adalah RM9.30 sesaham berbanding pelaburan asal yang dibuat dalam Tradewinds pada RM3.50 sesaham dalam tempoh pelaburan tiga tahun; (ii) Syarikat akan mempunyai pengaruh yang minimum ke atas halatuju strategik masa hadapan Tradewinds memandangkan Syarikat hanya memiliki kepentingan minoriti; dan (iii) Penerimaan cadangan tawaran memberi peluang untuk menggunakan perolehan bagi mengembangkan perniagaan dan modal kerja. Pada 28 Februari 2013, pelupusan 20% kepentingan ekuiti dalam Tradewinds telah diselesaikan untuk pertimbangan berjumlah RM551.43 juta, yang menghasilkan keuntungan atas pelupusan sebanyak kira-kira RM26.24 juta bagi Kumpulan dan RM343.82 juta bagi Syarikat . (b) Pada 17 April 2013, Felda GlobalVentures Downstream Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Syarikat, telah menubuhkan sebuah anak syarikat milik penuh yang dikenali sebagai FGV Biotechnologies Sdn Bhd di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang meliputi semua jenis pengeluaran biodisel selain menceburi bidang perniagaan biodisel. 54 PERBANDINGAN Perbandingan berikut telah dinyatakan semula untuk menggambarkan kesan perakaunan sebelumnya yang timbul daripada pengambilalihan estet perladangan seperti yang dinyatakan dalam Nota 21(c) kepada penyata kewangan dan untuk disesuaikan dengan pembentangan tahun semasa bagi mencerminkan dengan lebih tepat ciri-ciri transaksi yang berkaitan. Kumpulan Seperti Kesan Seperti dilaporkan perakaunan dinyatakan sebelum ini sebelumnya semula RM’000 RM’000 RM’000 Penyata perolehan keseluruhan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 – Perolehan 4,201,168 3,251,909 7,453,077 – Kos jualan (3,950,976) (1,474,995) (5,425,971) – Lain-lain perolehan operasi 74,354 4,417 78,771 – Kos jualan dan pengedaran (96,983) (69,899) (166,882) – Perbelanjaan pentadbiran (115,706) (50,849) (166,555) – Lain-lain perbelanjaan operasi (83,812) 8,028 (75,784) – Cukai (87,387) (417,153) (504,540) Penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2011 Aset bukan semasa – Hartanah, loji dan peralatan 1,001,764 695,262 1,697,026 – Aset biologi 622 1,858,220 1,858,842 Aset semasa – Inventori 406,629 24,164 430,793 – Aset biologi 11,198 33,324 44,522 – Belum terima 395,478 8,103 403,581 – Tunai dan bersamaan tunai 1,777,824 306 1,778,130 Rizab – Rizab penyusunan semula (Note 21(c)(ix)) – 2,347,742 2,347,742 Liabiliti bukan semasa – Liabiliti cukai tertunda 136,908 17,874 154,782 – Peruntukan 7,398 (2,971) 4,427 Liabiliti semasa – Belum bayar 121,015 126,940 247,955 – Jumlah belum bayar kepada lain-lain syarikat berkaitan 87,905 129,794 217,699 Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=