FGV Annual Report 2012

225 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 46 KONTRAK JAMINAN KEWANGAN Syarikat Kontrak jaminan kewangan adalah berkaitan dengan kontrak jaminan kewangan yang disediakan oleh Syarikat bagi menyediakan pembiayaan untuk semua tanggungan FINA di bawah nota janji hutang sekiranya berlaku kegagalan pembayaran (rujuk Nota 25). 47 BELUM BAYAR Kumpulan Syarikat 2012 2011 2012 2011 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Pemiutang perdagangan 27,507 65,983 – – Lain-lain belum bayar dan akruan 321,181 181,972 32,235 6,452 348,688 247,955 32,235 6,452 Belum bayar adalah disebut seperti berikut: Kumpulan Syarikat 2012 2011 2012 2011 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 – Ringgit Malaysia 304,301 130,751 32,235 6,452 – Dolar Amerika Syarikat 21,873 55,957 – – – Dolar Kanada 22,211 61,247 – – – Rupiah Indonesia 303 – – – 348,688 247,955 32,235 6,452 Tempoh kredit pemiutang perdagangan adalah sehingga 60 hari (2011: sehingga 60 hari). 48 PELAN INSENTIF SAHAM Pada bulan Mac 2008, lembaga pengarah sebuah anak syarikat telah meluluskan“Pelan Insentif SahamTwin RiversTechnologies Holdings, Inc 2008”(“Pelan Insentif Saham”) bagi mendapatkan manfaat yang timbul daripada pemilikan saham modal oleh para kakitangan, pegawai, pengarah, perunding dan penasihat anak syarikat tersebut dan operasi anak-anak syarikatnya. Syarat geran opsyen menyatakan bahawa opsyen akan terletak hak dalam empat ansuran tahunan (“Tempoh Letak Hak”opsyen) jika, dan hanya jika, pemegang opsyen ini telah diambil berkhidmat oleh salah satu entiti-entiti yang mengambil bahagian dalam Pelan Insentif Saham (“syarikat-syarikat”) pada akhir tahun di mana opsyen tersebut akan diletak hak dan syarikat-syarikat mencapai sekurang-kurangnya 90% daripada sasaran tertentu EBITDA (seperti yang ditunjukkan dalam penyata kewangan diaudit syarikat-syarikat) pada tahun itu. Syarikat-syarikat tidak mencapai sasaran EBITDA bagi tempoh tiga tahun pertama Tempoh Letak Hak. Oleh itu, tiada opsyen yang kini diletak hak. Tempoh Letak Hak akhir berakhir pada 1 Januari 2012 dan opsyen ini hanya akan terletak hak dalam tempoh ini jika syarikat-syarikat mencapai EBITDA sebanyak USD85.5 juta (RM261.39 juta) dalam tahun kalendar 2011. Oleh kerana syarikat tidak mencapai EBITDA ini pada tahun 2011 (di mana geran opsyen saham mewakili opsyen untuk membeli 548 baki saham pada 31 Disember 2011), pelan insentif saham disifatkan sebagai telah dibatalkan berkuatkuasa 1 Januari 2012.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=