FGV Annual Report 2012
226 Felda Global Ventures Holdings Berhad 49 URUSNIAGA PENTING PIHAK BERKAITAN Di samping pendedahan pihak berkaitan yang dinyatakan di bahagian lain penyata kewangan ini, berikut adalah lain-lain urusniaga dan baki penting pihak berkaitan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”), pemegang saham penting Syarikat, memiliki 37% daripada modal saham terbitan Syarikat (2011: 100%). FELDA adalah sebuah badan berkanun korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Tanah 1956, dan dikawal oleh Kerajaan Malaysia. Kumpulan menganggap bahawa, untuk tujuan MFRS 124 – “Pendedahan Pihak Berkaitan”, FELDA dan Kerajaan Malaysia adalah berkedudukan untuk melaksanakan pengaruh yang besar ke atasnya. Hasilnya, Kerajaan Malaysia dan badan-badan dikawal Kerajaan Malaysia (secara kolektif dirujuk sebagai “entiti-entiti berkaitan kerajaan”) adalah pihak berkaitan Kumpulan dan Syarikat. Selain daripada urusniaga penting berasingan seperti yang dinyatakan dalam Nota 27, 41, 42, 49(b)(iii), 49(cd) dan 49(f)(ii) kepada penyata kewangan, Kumpulan dan Syarikat secara kolektif telah, tetapi tidak secara individu, menjalankan urusniaga penting dengan lain-lain entiti-entiti berkaitan kerajaan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (i) Pembelian barangan dan perkhidmatan, termasuk penggunaan kemudahan awam dan kemudahan-kemudahan lain (ii) Penyimpanan deposit bank dengan institusi-institusi kewangan berkaitan kerajaan Kesemua urusniaga ini dijalankan dalam perjalanan lazim perniagaan Kumpulan berdasarkan terma komersil secara konsisten selaras dengan polisi-polisi dan proses-proses dalaman Kumpulan. Syarat-syarat ini tidak bergantung kepada samada pihak-pihak adalah entiti-entiti berkaitan kerajaan atau tidak. Pihak-pihak berkaitan dan hubungannya diringkaskan seperti berikut: (i) Anak-anak syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (“FGVPM) Kilang Gula Felda Perlis Sendirian Berhad (“KGFP”) Felda Global Ventures Perlis Sdn Bhd (“FGV Perlis”) Twin Rivers Technologies Holdings, Inc (“TRTH”) Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise De Transformation De Graines Oleagineuses (“TRT ETGO”) Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (“FGVD”) Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (“FGVNA”) Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd (“FGVP”) Felda Global Ventures Shared Service Centre Sdn Bhd (“FGVSSC”) (ii) Entiti-entiti kawalan bersama Bunge ETGO L.P. (“Bunge ETGO”) Felda Iffco Sdn Bhd (“FISB”) (iii) Syarikat-syarikat bersekutu Felda Holdings Bhd (“FHB”) Tradewinds (M) Berhad (“Tradewinds”) Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=