FGV Annual Report 2012
194 Felda Global Ventures Holdings Berhad 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (e) Pelupusan anak-anak syarikat dalam tahun kewangan terdahulu Pada 30 September 2011, pelaburan dalam Felda Global Ventures Middle East Sdn Bhd (“FGVME”) (termasuk kepentingan dalam anak syarikat FGVME, Felda Global Ventures Arabia Ltd) dijual kepada FELDA untuk jumlah pertimbangan RM1 yang menghasilkan keuntungan daripada pelupusan berjumlah RM68,220,000 bagi FGVH. Kesan penjualan anak-anak syarikat tersebut ke atas kedudukan kewangan Kumpulan pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut: 2011 RM’000 Aset bersih dilupuskan Bayaran pajakan prabayaran 17,966 Hartanah, loji dan peralatan 583 Inventori 32 Belum terima 5,360 Tunai dan bersamaan tunai 12,325 Belum bayar (1,825) Kepentingan pihak tidak mengawal 945 Keuntungan daripada pelupusan 68,220 Pertimbangan jualan 103,606 Ditolak: Penebusan RCCPS daripada FELDA (103,660) Hasil kutipan jualan* 0 Tunai dan bersamaan tunai dilupuskan (12,325) Aliran keluar tunai bersih daripada pelupusan (12,325) * RM1 (f) Kerugian rosot nilai ke atas pelaburan dalam anak-anak syarikat Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 Pelaburan Kumpulan dalam anak syarikat, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (“FGVD”) telah diuji untuk rosot nilai disebabkan kerugian yang ditanggung semasa tahun kewangan oleh entiti-entiti tidak langsung yang dipegang oleh FGVD. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula bagi unit-unit penjana tunai (“CGU”) milik FGVD, bagi operasi perniagaan asid lelemak di AS, operasi perniagaan makanan berasaskan minyak bertapis di Kanada dan pelaburan dalam sebuah entiti kawalan bersama, Felda Iffco Sdn Bhd (“FISB”). Jumlah boleh diperoleh semula dikira menggunakan nilai saksama tolak kos untuk menjual, dengan andaian penting yang konsisten dengan andaian penting yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk menilai rosot nilai CGU bagi operasi perniagaan asid lelemak di AS, operasi perniagaan makanan berasakan minyak bertapis di Kanada seperti yang dinyatakan dalam Nota 20 kepada penyata kewangan dan pelaburan dalam sebuah entiti kawalan bersama, FISB seperti yang dinyatakan dalam Nota 23 kepada penyata kewangan, selain daripada pelarasan untuk kadar diskaun bagi mencerminkan risiko ekuiti dan aliran tunai yang dinilai berdasarkan keuntungan selepas faedah dan cukai. Hasil daripada penilaian rosot nilai, Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM115,356,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam untung atau rugi. Berdasarkan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Syarikat, kesan peningkatan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting, akan menyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM69,411,000. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=