FGV Annual Report 2012
195 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (f) Kerugian rosot nilai ke atas pelaburan dalam anak-anak syarikat (sambungan) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 Pelaburan Kumpulan dalam sebuah anak syarikat, Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (“FGVNA”) telah diuji untuk rosot nilai disebabkan kerugian yang ditanggung pada tahun kewangan semasa. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula bagi unit-unit penjana tunai (“CGU”) milik FGVNA, bagi operasi perniagaan asid lelemak di AS dan operasi perniagaan makanan berasakan minyak bertapis di Kanada. Jumlah boleh diperoleh semula dikira menggunakan nilai saksama tolak kos untuk menjual, dengan andaian penting yang konsisten dengan andaian penting yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk menilai rosot nilai CGU bagi operasi perniagaan asid lelemak di AS dan operasi perniagaan makanan berasakan minyak bertapis di Kanada seperti yang dinyatakan dalam Nota 20 kepada penyata kewangan, selain daripada pelarasan untuk kadar diskaun bagi mencerminkan risiko ekuiti dan aliran tunai yang dinilai berdasarkan keuntungan selepas faedah dan cukai. Hasil daripada penilaian rosot nilai, Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM743,700,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam untung atau rugi berbanding pelaburan dalam anak-anak syarikat. Berdasarkan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Syarikat, kesan peningkatan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting, akan menyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM76,000,000. 22 KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU Kumpulan 2012 2011 RM’000 RM’000 Bahagian aset bersih syarikat-syarikat bersekutu 2,386,306 2,388,197 Syarikat 2012 2011 RM’000 RM’000 Kepentingan dalam syarikat-syarikat bersekutu, pada kos: Pada 1 Januari/31 Disember 1,775,226 1,775,226 Dianalisis sebagai: Disebut harga di Malaysia 207,614 207,614 Tidak disebut harga di Malaysia 1,567,612 1,567,612 Pada 31 Disember 1,775,226 1,775,226 Nilai pasaran pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu, disebut harga di Malaysia 530,089 595,313
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=