FGV Annual Report 2012
193 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (d) Perbadanan, peningkatan dan pencairan kepentingan dalam anak-anak syarikat pada tahun kewangan terdahulu (sambungan) ^ Pada Februari 2011, Lembaga Pengarah Syarikat telah meluluskan skim cadangan penyusunan semula korporat bagi menstruktur semula dan menyenaraikan perniagaan gula Kumpulan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Penyusunan semula korporat itu merangkumi perkara-perkara berikut: (sambungan) (iv) Pada 28 Jun 2011, MSMH telah disenaraikan selepas melaksanakan tawaran awam menerusi (sambungan): Kesan skim penyusunan semula korporat kepada Kumpulan adalah seperti berikut: RM’000 Pencairan kepentingan ekuiti dalam MSM daripada 100% kepada 80% (Rujuk (i)) 80,525 Pencairan kepentingan ekuiti dalam operasi penyemaian tebu daripada 100% kepada 82% (Rujuk (iii)(a)) (19,084) Peningkatan kepentingan ekuiti dalam MSM daripada 80% kepada 82% (Rujuk (iii)(b)) 14,956 Peningkatan kepentingan ekuiti dalam KGFP daripada 74.5% kepada 82% (Rujuk (iii)(b)) 27,054 Peningkatan kepentingan ekuiti dalam MSMH daripada 82% kepada 85% (Rujuk (iii)(c)) (27,759) Pencairan kepentingan ekuiti dalam MSMH daripada 85% kepada 51% (Rujuk (iv)) 280,550 Kesan pencairan kepentingan 356,242 Berikutan penyelesaian penyenaraian tersebut, Kumpulan memiliki 51% kepentingan ekuiti efektif dalamMSMH, sebuah syarikat tersenarai awam dengan 100% kepentingan ekuiti dalam MSM dan KGFP, termasuk perniagaan penanaman tebu FGVP dalam KGFP. α Pada 30 September 2011, sebuah anak syarikat, Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (“FGVNA”) mengambilalih baki 3% kepentingan ekuiti daripada pemegang saham sedia Twin Rivers Technologies Holdings, Inc (“TRTH”), yang terdiri daripada 3,529 saham biasa untuk pertimbangan tunai RM3,827,000. Hasilnya, kepentingan efektif Syarikat dalam TRTH meningkat daripada 97% kepada 100%. Pengambilalihan baki kepentingan ekuiti dalam TRTH dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal, dan kerugian sebanyak RM7,594,000 berikutan daripada peningkatan kepentingan ekutiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=