FGV Annual Report 2012

192 Felda Global Ventures Holdings Berhad 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (d) Perbadanan, peningkatan dan pencairan kepentingan dalam anak-anak syarikat pada tahun kewangan terdahulu (sambungan) ^ Pada Februari 2011, Lembaga Pengarah Syarikat telah meluluskan skim cadangan penyusunan semula korporat bagi menstruktur semula dan menyenaraikan perniagaan gula Kumpulan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Penyusunan semula korporat itu merangkumi perkara-perkara berikut: (sambungan) (iii) Pada 20 Mei 2011, penstrukturan semula sebelum penyenaraian telah dilaksanakan seperti berikut: (a) Pemindahan operasi perladangan tebu Felda Global Ventures Perlis Sdn Bhd’s (‘FGVP’) di Chuping termasuk beberapa aset dan liabiliti ke Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (“KGFP”) untuk pertimbangan pembelian berjumlah RM106,209,770, yang telah dipenuhi menerusi terbitan 25.4 juta saham baru KGFP pada harga terbitan sebanyak RM4.19 sesaham. FGVP telah menamakan FGVH untuk menerima saham-saham KGFP. Pemindahan operasi perladangan tebu di Chuping ke KGFP telah menyebabkan pencairan kepentingan ekuiti dalam operasi perladangan tebu tersebut iaitu daripada 100% kepada 82% dalam Kumpulan dan dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal. Kerugian sebanyak RM19,084,000 yang timbul daripada pencairan kepentingan ekuiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan. (b) Pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam MSM dan KGFP oleh MSMH untuk pertimbangan pembelian berjumlah RM1,230,992,000 dan RM791,937,300 masing-masing dipenuhi dengan terbitan 578.0 juta saham baru MSMH pada harga terbitan RM3.50 sesaham. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam MSM oleh MSMH telah menghasilkan peningkatan dalam kepentingan ekuiti MSM iaitu daripada 80% kepada 82% dalam Kumpulan dan dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal. Keuntungan sebanyak RM14,956,000 yang timbul daripada peningkatan kepentingan ekuiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam KGFP oleh MSMH telah menghasilkan peningkatan dalam kepentingan ekuiti KGFP iaitu daripada 74.5% kepada 82% dalam Kumpulan dan dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal. Keuntungan sebanyak RM27,054,000 yang timbul daripada peningkatan kepentingan ekuiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan. (c) Dividend-in-specie diumumkan oleh Felda Holdings Bhd (“FHB”), sebuah syarikat bersekutu Kumpulan, kepada pemegang sahamnya untuk 36.2 juta saham MSMH berjumlah RM126,709,968, di mana 17.7 juta saham MSMH berjumlah RM62,088,000 telah diterima oleh Kumpulan. Pengumuman Dividend-in-specie oleh FHB telah menghasilkan peningkatan dalam kepentingan ekuiti MSMH iaitu daripada 82% kepada 85% dalam Kumpulan dan dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal. Kerugian sebanyak RM27,759,000 yang timbul daripada peningkatan kepentingan ekuiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan. (iv) Pada 28 Jun 2011, MSMH telah disenaraikan selepas melaksanakan tawaran awam menerusi: (a) terbitan 125 juta saham oleh MSMH; dan (b) penjualan 131 juta saham MSMH oleh Syarikat; pada harga RM3.50 sesaham, untuk terbitan awam di mana 51.8 juta saham MSMH telah dilanggan/diambilalih oleh KPF, menghasilkan aliran masuk tunai sebanyak RM891,415,000. Terbitan saham oleh MSMH dan jualan saham MSMH oleh Syarikat telah menghasilkan pencairan kepentingan ekuiti dalam MSMH iaitu daripada 85% kepada 51% dalam Kumpulan dan dianggap sebagai urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal. Keuntungan sebanyak RM280,550,000 yang timbul daripada pencairan kepentingan ekuiti itu diiktiraf dalam perolehan tersimpan Kumpulan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=