FGV Annual Report 2012

154 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (aa) Kontrak jaminan kewangan Kontrak jaminan kewangan adalah kontrak yang memerlukan Kumpulan membayar balik jumlah tertentu kepada pemegang ekoran kerugian yang ditanggungnya kerana pihak penghutang gagal membuat bayaran mengikut masa, sejajar dengan terma-terma instrumen hutang. Kontrak jaminan kewangan diiktiraf sebagai liabiliti kewangan pada masa jaminan tersebut dikeluarkan. Liabiliti tersebut pada mulanya diukur pada nilai saksama dan seterusnya pada jumlah yang tertinggi yang ditetapkankan menurut FRS 137 “Peruntukan, Liabiliti Luar Jangka dan Aset Luar Jangka”dan jumlah yang diiktiraf pada mulanya ditolak pelunasan kumulatif yang mana lebih tinggi di mana wajar. Nilai saksama jaminan kewangan ditetapkankan pada nilai semasa perbezaan aliran tunai bersih di antara bayaran kontrak di bawah instrumen hutang dan bayaran yang dikehendaki tanpa jaminan, atau jumlah anggaran yang akan dibayar kepada pihak ketiga kerana mengambil tanggungan tersebut. Apabila kontrak jaminan kewangan diberikan kepada anak-anak syarikat, entiti kawalan bersama dan syarikat-syarikat bersekutu oleh Syarikat tanpa sebarang pampasan, nilai saksama yang ditentukan dikira sebagai sumbangan modal dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada kos pelaburan dalam anak-anak syarikat, entiti kawalan bersama dan syarikat-syarikat bersekutu. (ab) Peruntukan Peruntukan diiktiraf apabila: • Kumpulan mempunyai tanggungan perundangan atau konstruktif semasa yang timbul daripada peristiwa lampau; • terdapat kemungkinan bahawa aliran keluar sumber akan diperlukan bagi menyelesaikan tanggungan tersebut; dan • satu anggaran yang boleh dipercayai bagi jumlah tersebut boleh dibuat. Apabila Kumpulan menjangkakan sesuatu peruntukan dibayar semula (contohnya, di bawah kontrak insurans), bayaran balik tersebut diiktiraf sebagai aset berasingan tetapi hanya apabila bayaran balik tersebut adalah hampir pasti. Peruntukan tidak diiktiraf bagi kerugian operasi masa hadapan. Apabila terdapat beberapa tanggungan yang serupa, kemungkinan aliran keluar diperlukan dalam penyelesaian ditetapkankan dengan mempertimbangkan kelas tanggungan tersebut sepenuhnya. Peruntukan diiktiraf walaupun sekiranya kemungkinan aliran keluar bagi mana-mana item dalam kelas tanggungan yang sama hanya kecil. Peruntukan diukur pada nilai semasa perbelanjaan yang dijangka diperlukan bagi menyelesaikan tanggungan tersebut menggunakan kadar pra-cukai yang mencerminkan penilaian pasaran semasa bagi nilai masa wang dan risiko-risiko khusus bagi tanggungan tersebut. Peningkatan dalam peruntukan berikutan peredaran masa diiktiraf sebagai kos kewangan. (ac) Aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) dipegang untuk jualan Aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) diklasifikasi sebagai aset dipegang untuk jualan apabila jumlah bawaannya akan diperoleh semula sebahagian besarnya menerusi urusniaga jualan dan jualan dianggap berkemungkinan tinggi akan berlaku. Ia dinyatakan pada nilai bawaan dan nilai saksama tolak kos untuk menjual yang mana lebih rendah. (ad) Pendapatan sesaham Kumpulan membentangkan data perolehan sesaham (“EPS”) asas dan dicairkan bagi saham biasanya. EPS asas dikira berdasarkan gabungan keuntungan selepas cukai yang berkaitan dengan pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan. EPS dicairkan dikira berdasarkan gabungan keuntungan selepas cukai berkaitan pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan, dengan mengandaikan penukaran baki RCPS dan RCCPS kepada saham biasa sebanyak RM1 setiap satu. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=