FGV Annual Report 2012

153 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (w) Manfaat kakitangan (sambungan) (iv) Manfaat pemberhentian kerja Kumpulan membayar manfaat pemberhentian kerja dalam kes pemberhentian kerja dalam rangka kerja penstrukturan semula. Manfaat pemberhentian kerja diiktiraf sebagai liabiliti dan perbelanjaan apabila Kumpulan mempunyai pelan formal terperinci untuk pemberhentian tersebut dan tanpa kemungkinan realistik berlaku penarikan semula. (v) Pampasan berasaskan saham Pelan insentif saham Pada tahun kewangan sebelum ini, subsidiari kepada pelan insentif saham kepada sebuah anak syarikat di dalam Kumpulan, yang merupakan satu pelan pampasan berasaskan saham langsai ekuiti, membenarkan kakitangan, pegawai, pengarah, perunding dan penasihat sesebuah anak-anak syarikat dan syarikat- syarikat subsidiarinya (secara kolektif merujuk sebagai“kakitangan”) untuk memperoleh saham biasa anak-anak syarikat tersebut. Jumlah nilai saksama opsyen saham yang diberikan kepada kakitangan diiktiraf sebagai kos kakitangan dengan peningkatan yang sejajar dengannya dalam rizab opsyen saham dalam ekuiti sepanjang tempoh letak hak dan mengambilkira kemungkinan bahawa opsyen tersebut akan diletak hak. Nilai saksama opsyen saham diukur pada tarikh pemberian dengan mengambilkira, jika ada, keadaan letak hak pasaran di mana opsyen tersebut diberikan tetapi mengecualikan impak sebarang keadaan letak hak bukan pasaran. Keadaan letak hak bukan pasaran dirangkumkan dalam andaian mengenai bilangan opsyen yang dijangka akan dilaksanakan pada tarikh letak hak. Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan menyemak semula anggaran bilangan opsyen yang dijangka akan dilaksanakan pada tarikh letak hak. Ia mengiktiraf impak semakan semula anggaran asal, jika ada, dalam keuntungan atau kerugian, dan pelarasan yang sejajar dengannya dalam ekuiti sepanjang baki tempoh letak hak. Jumlah ekuiti diiktiraf dalam rizab opsyen saham sehingga opsyen tersebut dilaksanakan, di mana ia akan dipindahkan kepada premium saham, atau sehingga opsyen tersebut luput, di mana ia akan dipindahkan terus kepada perolehan tersimpan. Hasil kutipan yang diterima ditolak kos urusniaga yang boleh diakaunkan secara langsung dikreditkan kepadamodal sahamapabila opsyen tersebut dilaksanakan. Bayaran berasaskan saham Perbezaan di antara nilai saksama bagi saham yang diterbitkan dan hasil kutipan yang timbul daripada terbitan saham tersebut dibawa kepada keuntungan atau kerugian sebagai bayaran berasaskan saham. Terbitan instrumen ekuiti bagi pertimbangan yang boleh dikenalpasti di bawah nilai saksamanya akan membawa kepada barangan atau perkhidmatan yang tidak boleh dikenalpasti yang mana akan dikira sebagai urusniaga berasaskan saham. (x) Liabiliti luar jangka Kumpulan tidak mengiktiraf liabiliti luar jangka tetapi mendedahkan kewujudannya dalam penyata kewangan. Liabiliti luar jangka adalah kemungkinan tanggungan yang timbul daripada peristiwa lampau yang mana kewujudannya akan disahkan oleh kemungkinan peristiwa masa hadapan di luar kawalan Kumpulan atau tanggungan semasa yang tidak diiktiraf kerana tiada kemungkinan aliran keluar sumber akan diperlukan bagi menyelesaikan tanggungan tersebut. Liabiliti luar jangka juga timbul dalam kes yang sangat jarang berlaku di mana terdapat liabiliti yang tidak dapat diiktiraf kerana ia tidak boleh diukur dengan tepat. (y) Instrumen ekuiti Saham biasa dan saham khas diklasifikasi sebagai ekuiti. Saham-saham lain diklasifikasi sebagai ekuiti dan/atau liabiliti mengikut intipati ekonomi instrumen tersebut. Kos urusniaga bagi urusniaga ekuiti dikira sebagai penolakan daripada ekuiti, bersih cukai. Kos urusniaga ekuiti terdiri hanya daripada kos luaran tambahan yang berkaitan secara langsung sebagai urusniaga ekuiti yang jika sebaliknya akan dielakkan. (z) Laporan segmen Maklumat segmen dibentangkan secara konsisten dengan laporan dalaman yang disediakan kepada ketua pembuat keputusan operasi. Ketua pembuat keputusan operasi, yang bertanggungajwab memperuntukkan sumber dan menilai prestasi segmen operasi, telah dikenalpasti sebagai Jawatankuasa Pengurusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=