FGV Annual Report 2012

152 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (v) Pajakan (i) Klasifikasi Pajakan diiktiraf sebagai pajakan kewangan sekiranya ia memindahkan kepada Kumpulan semua risiko dan ganjaran berikutan pemilikan. Pajakan tanah dan bangunan diklasifikasi sebagai pajakan operasi atau kewangan sama seperti pajakan bagi aset-aset lain dan elemen bangunan bagi pajakan tanah dan bangunan dipertimbangkan secara berasingan bagi tujuan klasifikasi pajakan. Semua pajakan yang tidak dipindahkan semua risiko dan ganjarannya diklasifikasi sebagai pajakan operasi. (ii) Pajakan operasi – Kumpulan sebagai pemegang pajakan Bayaran pajakan operasi diiktiraf sebagai perbelanjaan atas dasar garis lurus bagi tempoh pajakan berkaitan. Manfaat agregat bagi insentif yang disediakan oleh pemberi pajakan diiktiraf sebagai pengurangan perbelanjaan sewa bagi tempoh pajakan atas dasar garis lurus. (iii) Pajakan operasi – Kumpulan sebagai pemberi pajakan Aset yang dipajakkan di bawah pajakan operasi dibentangkan dalam penyata kedudukan kewangan mengikut ciri-ciri aset tersebut. Pendapatan sewa daripada pajakan operasi diiktiraf atas dasar garis lurus bagi tempoh pajakan berkaitan (Nota 3(s)(vii)). Kos langsung permulaan yang ditanggung ketika merunding dan mengatur pajakan operasi ditambah ke dalam jumlah bawaan aset yang dipajakkan dan diiktiraf atas dasar garis lurus bagi tempoh pajakan. (w) Manfaat kakitangan (i) Manfaat kakitangan jangka pendek Upah, gaji, bonus dan caruman sekuriti sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh kakitangan. Ketidakhadiran berbayar terkumpul jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar diiktiraf apabila perkhidmatan diberikan oleh kakitangan yang meningkatkan kelayakan mereka untuk ketidakhadiran berbayar di masa hadapan. Ketidakhadiran berbayar tidak terkumpul jangka pendek seperti cuti sakit diiktiraf apabila ketidakhadiran tersebut berlaku. (ii) Pelan caruman tertakrif Pelan caruman tertakrif adalah pelan manfaat selepas perkhidmatan di mana Kumpulan membayar caruman tetap ke dalam entiti-entiti atau dana berasingan dan tidak mempunyai tanggungan perundangan atau konstruktif untuk membayar caruman lanjut sekiranya mana-mana dana tersebut tidak memiliki aset yang mencukupi untuk membayar semua manfaat kakitangan berkaitan khidmat kakitangan dalam tahun kewangan semasa dan sebelumnya. Caruman ini diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam keuntungan atau kerugian apabila ia ditanggung. (iii) Pelan manfaat tertakrif Pelan manfaat tertakrif adalah pelan persaraan yang mentakrif jumlah manfaat persaraan yang harus dibayar, lazimnya sebagai fungsi bagi satu atau lebih faktor seperti usia, tempoh perkhidmatan atau pampasan. Beberapa syarikat dalam Kumpulan melaksanakan pelan persaraan manfaat tertakrif yang tidak dibiayai. Di bawah pelan tersebut, manfaat persaraan ditetapkankan dengan merujuk kepada perolehan, jawatan dan tempoh perkhidmatan kakitangan dan akan dibayar apabila mencapai umur lazim persaraan. Liabiliti bagi pelan manfaat tertakrif adalah nilai semasa tanggungan manfaat tertakrif tersebut pada tarikh penyata kedudukan kewangan berserta pelarasan untuk keuntungan/kerugian dan kos perkhidmatan lampau. Kumpulan menentukan nilai semasa tanggungan manfaat tertakrif tersebut dengan kecekapan yang mencukupi seperti jumlah yang diiktiraf dalam penyata kewangan tidak jauh berbeza dengan jumlah yang akan ditetapkankan pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Tanggungan manfaat tertakrif, dikira menggunakan kaedah kredit unit unjuran, ditetapkankan oleh aktuari bebas, dengan mengambilkira anggaran aliran keluar tunai masa hadapan menggunakan hasil pasaran pada tarikh penyata kedudukan kewangan bagi sekuriti kerajaan yang mempunyai matawang dan terma-terma matang yang hampir sama dengan terma-terma liabiliti berkaitan. Keuntungan dan kerugian aktuarial yang timbul daripada pelarasan pengalaman dan perubahan dalam andaian aktuarial akan dicaj atau dikreditkan kepada ekuiti dalam lain-lain pendapatan komprehensif dalam tempoh di mana ia timbul. Kos perkhidmatan semasa, kos perkhidmatan lampau dan kos faedah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=