FGV Annual Report 2012
151 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (s) Pengiktirafan perolehan Perolehan diiktiraf apabila ada kemungkinan bahawa manfaat ekonomi yang berkaitan dengan urusniaga itu akan mengalir ke dalam Kumpulan dan jumlah perolehan tersebut boleh diukur dengan tepat. Kriteria pengiktirafan khusus berikut harus dipenuhi sebelum perolehan diiktiraf: (i) Perolehan daripada jualan buah tandan segar (“BTS”), kelapa sawit mentah (“MSM”), isirong sawit dan getah beku Perolehan diiktiraf sejurus penghantaran barangan, ditolak cukai jualan, rebat dan diskaun. Perolehan diiktiraf apabila risiko-risiko dan ganjaran-ganjaran penting daripada pemilikan barangan dipindahkan kepada pembeli. (ii) Perolehan daripada pengeluaran dan pengedaran asid lemak, minyak sayuran, makanan protin, gula halus dan gula merah Perolehan daripada pengeluaran dan pengedaran asid lemak, minyak sayuran, makanan protin, gula halus dan gula merah terdiri daripada nilai invois untuk jualan barangan, ditolak cukai jualan, rebat dan diskaun. Perolehan diiktiraf sejurus penghantaran barangan apabila risiko-risiko dan ganjaran-ganjaran penting daripada pemilikan barangan dipindahkan kepada pembeli. (iii) Subsidi dari Kerajaan Subsidi yang diterima daripada Kerajaan Malaysia untuk produk-produk tertentu yang dijual adalah berkaitan dengan perbezaan di antara anggaran harga pasaran dan harga kawalan yang ditetapkankan oleh kerajaan untuk jualan produk tersebut di pasaran domestik. Subsidi ini dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada perolehan bagi tempoh perakaunan di mana jualan barangan tersebut diiktiraf. (iv) Perolehan daripada urus janji pengetolan Perolehan daripada urus janji pengetolan diiktiraf apabila khidmat berkaitan dilaksanakan. (v) Pendapatan faedah Pendapatan faedah diiktiraf menggunakan kaedah faedah efektif. Apabila sesuatu pinjaman atau belum terima merosot, Kumpulan mengurangkan jumlah bawaan kepada jumlah yang boleh diperoleh semula iaitu anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaunkan pada kadar faedah efektif asal instrumen tersebut, dan terus mengurangkan diskaun tersebut sebagai perolehan faedah. Pendapatan faedah ke atas pinjaman merosot dan belum terima diiktiraf menggunakan kadar faedah efektif asal. (vi) Yuran pengurusan Yuran pengurusan diiktiraf apabila khidmat berkaitan diberikan. (vii) Pendapatan sewa Pendapatan sewa berkaitan sewa hartanah dan loji diiktiraf bagi tempoh sewaan atau penggunaan, dengan sewajarnya. (viii) Pendapatan dividen Pendapatan dividen diiktiraf apabila hak untuk menerima wujud. (t) Pengagihan dividen Dividen pada saham biasa diiktiraf sebagai liabiliti apabila dicadangkan atau diisytihar sebelum tarikh penyata kedudukan kewangan. Dividen yang dicadangkan atau diisytihar selepas tarikh kedudukan kewangan tetapi sebelum penyata kewangan diluluskan untuk penerbitan, tidak diiktiraf sebagai liabiliti pada tarikh kedudukan kewangan. (u) Tunai dan bersamaan tunai Tunai dan bersamaan tunai adalah termasuk tunai dalam tangan, deposit panggilan di bank, lain-lain pelaburan jangka pendek berkecairan tinggi dengan tempoh matang asal tiga bulan atau kurang, dan overdraf bank. Overdraf bank dibentangkan dalam pinjaman dalam liabiliti semasa pada penyata kedudukan kewangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=