FGV Annual Report 2012

150 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (q) Matawang asing Matawang fungsi dan pembentangan Item-tem yang dirangkumkan ke dalam penyata kewangan setiap entiti-entiti Kumpulan diukur menggunakan matawang persekitaran ekonomi penting di mana entiti-entiti tersebut beroperasi (“matawang fungsian”). Penyata kewangan dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM), yang merupakan matawang fungsian dan pembentangan Syarikat, dan matawang pembentangan Kumpulan. Urusniaga dan baki Urusniaga matawang asing diterjemahkan ke dalam matawang fungsian menggunakan kadar tukaran semasa pada tarikh urusniaga atau penilaian di mana item tersebut diukur semula. Keuntungan dan kerugian tukaran asing yang terhasil daripada penyelesaian urusniaga tersebut dan daripada terjemahan pada kadar tukaran akhir tahun bagi aset-aset dan liabiliti-liabiliti monetari yang disebut dalam matawang asing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali apabila tertunda dalam ekuiti sebagai pelindung nilai aliran tunai berkelayakan dan pelindung nilai pelaburan bersih berkelayakan. Keuntungan dan kerugian tukaran asing yang berkaitan dengan pinjaman serta tunai dan bersamaan tunai dibentangkan dalam keuntungan atau kerugian. Semua keuntungan dan kerugian tukaran asing yang lain dibentangkan dalam keuntungan atau kerugian dalam“lain-lain keuntungan/(kerugian) bersih”. Perbezaan terjemahan bagi aset-aset dan liabiliti-liabiliti kewangan bukan monetari seperti ekuiti yang dipegang pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian sebagai sebahagian daripada nilai saksama keuntungan atau kerugian. Syarikat-syarikat Kumpulan Keputusan dan kedudukan kewangan untuk semua entiti-entiti kumpulan (yang mana tiada di antaranya memiliki matawang ekonomi hiper-inflasi) yang mempunyai matawang fungsi yang berbeza daripada matawang pembentangan diterjemahkan ke dalam matawang pembentangan sepeti berikut: (i) aset dan liabiliti bagi setiap penyata kedudukan kewangan yang dibentangkan diterjemahkan pada kadar penutup pada tarikh penyata kedudukan kewangan tersebut; (ii) pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap penyata pendapatan komprehensif diterjemahkan pada kadar tukaran purata (kecuali jika purata ini bukan anggaran berwajaran kesan kumulatif kadar semasa pada tarikh urusniaga, di mana dalam kes ini perolehan dan perbelanjaan diterjemahkan pada tarikh urusniaga); dan (iii) semua perbezaan tukaran yang terhasil diiktiraf dalam rizab tukaran asing sebagai komponen ekuiti yang berasingan. Selepas digabungkan, perbezaan tukaran yang timbul daripada terjemahan pelaburan bersih dalam entiti-entiti asing dan daripada pinjaman dibawa kepada rizab tukaran asing dalam ekuiti. Apabila sesuatu operasi asing dijual, perbezaan tukaran diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian sebagai sebahagian daripada keuntungan atau kerugian pelupusan. Pelarasan muhibbah dan nilai saksama yang timbul daripada pengambilalihan entiti-entiti asing dianggap sebagai aset dan liabiliti bagi entiti-entiti asing tersebut dan diterjemahkan pada kadar penutup. (r) Geran-geran kerajaan Geran-geran kerajaan diiktiraf pada nilai saksama apabila terdapat jaminan munasabah bahawa geran tersebut akan diterima dan Kumpulan akan mematuhi semua syarat-syarat yang terikat. Geran-geran kerajaan berkaitan kos diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh agar sepadan dengan kos berkaitan yang mana akan digantirugi oleh geran tersebut. Geran-geran kerajaan berkaitan pembelian aset dibentangkan sebagai pengurangan jumlah bawaan bagi aset yang berkenaan. Geran-geran kerajaan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian bagi tempoh hayat hartanah, loji dan peralatan berkaitan sebagai perbelanjaan susut nilai dikurangkan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=