FGV Annual Report 2012
149 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (m) Inventori Inventori yang terdiri daripada biji kacang soya dan biji kanola, lemak, minyak kelapa, minyak kanola dan minyak kacang soya, produk makanan, produk-produk asid lemak, gula mentah, gula halus, gula merah, baja, racun perosak dan bahan lain dinyatakan pada kos lebih rendah dan nilai bersih boleh direalisasi. Kos ditetapkankan menggunakan kaedah masuk dahulu, keluar dahulu. Kos bahan mentah terdiri daripada kos pembelian langsung. Kos barangan siap dan kerja dalam pelaksanaan terdiri daripada kos bahan mentah, buruh langsung, lain-lain kos langsung dan pembahagian overhed pembuatan yang sewajarnya berdasarkan kapasiti operasi lazim. Nilai boleh direalisasi bersih adalah anggaran harga jualan dalam perjalanan lazim perniagaan, ditolak kos penyiapan dan perbelanjaan jualan. (n) Kemerosotan aset bukan kewangan Aset yang mempunyai hayat berguna tidak terhad tidak tertakluk kepada pelunasan dan diuji setiap tahun untuk rosot nilai, atau apabila peristiwa atau keadaan yang berlaku menunjukkan bahawa rosot nilai mungkin wujud. Hartanah, loji dan peralatan dan lain-lain aset bukan semasa bukan kewangan, termasuk aset tidak ketara dengan hayat berguna terhad, akan dikaji untuk rosot nilai apabila peristiwa atau perubahan keadaan menunjukkan bahawa jumlah bawaan mungkin tidak boleh diperoleh semula. Kerugian rosot nilai diiktiraf bagi jumlah di mana jumlah bawaan aset melebihi jumlah boleh diperoleh semula. Kerugian rosot nilai dicaj kepada keuntungan atau kerugian. Jumlah yang boleh diperoleh semula adalah nilai lebih tinggi daripada nilai saksama aset ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan. Bagi tujuan menilai rosot nilai, aset dikumpulkan pada tahap terendah di mana terdapat aliran tunai yang boleh dikenalpasti secara berasingan (unit penjanaan tunai). Aset yang rosot nilai dikaji untuk kemungkinan pembalikan rosot nilai pada setiap tarikh laporan. (o) Zakat Kumpulan mengiktiraf tanggungjawabnya untuk membayar zakat perniagaan. Zakat bagi tempoh semasa diiktiraf jika dan apabila Kumpulan mempunyai obligasi zakat berikutan hasil taksiran zakat. Jumlah perbelanjaan zakat akan dinilai apabila sebuah syarikat dalam Kumpulan telah beroperasi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan, iaitu untuk tempoh yang dikenali sebagai“haul”(tempoh layak). Kadar zakat digubal atau sebahagian besarnya digubal pada tarikh penyata kedudukan kewangan digunakan untuk menentukan perbelanjaan zakat. Kadar zakat perniagaan, seperti yang ditetapkankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 2012 adalah 2.5% daripada asas zakat entiti-entiti yang berkenaan. Asas zakat ditetapkankan dengan menggunakan kaedah modal kerja yang dikira berdasarkan aset semasa bersih, diselaraskan untuk item-item yang tidak memenuhi syarat-syarat bagi aset dan liabiliti zakat dan jika entiti-entiti tersebut telah mengaut keuntungan pada tahun kewangan sebelumnya. Zakat perniagaan dikira dengan mendarabkan kadar zakat dengan asas zakat. Jumlah zakat yang dinilai diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun kewangan di mana ia ditanggung. (p) Cukai perolehan Cukai perolehan bagi keuntungan atau kerugian bagi tahun terdiri daripada cukai semasa dan tertunda. Cukai semasa adalah jangkaan jumlah cukai perolehan yang harus dibayar bagi keuntungan boleh cukai bagi tahun kewangan dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah berkuatkuasa pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Cukai tertunda disediakan bagi perbezaan sementara yang timbul di antara asas cukai aset dan liabiliti serta jumlah bawaannya dalam penyata kewangan. Aset cukai tertunda diiktiraf sehingga tahap di mana terdapat kemungkinan bahawa keuntungan boleh cukai masa hadapan akan tersedia di mana perbezaan sementara boleh tolak dan kerugian cukai tidak digunakan boleh digunakan. Cukai tertunda diukur pada kadar cukai yang dijangka dipenggunaan dalam tempoh apabila aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah dikuatkuasakan atau dikuatkuasa sebahagian besarnya pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Cukai tertunda diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali apabila ia timbul daripada urusniaga yang diiktiraf secara langsung dalam rizab, di mana dalam kes ini cukai tertunda juga diiktiraf secara langsung dalam rizab. Cukai tertunda tidak diiktiraf untuk perbezaan sementara yang timbul daripada pengiktirafan awal aset-aset dan liabiliti-liabiliti, pada pengiktirafan awal atau pada ukuran seterusnya, yang mana pada masa urusniaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan atau keuntungan boleh cukai. Manfaat cukai yang timbul daripada peruntukan pelaburan semula dan peruntukan cukai pelaburan diiktiraf apabila kredit cukai digunakan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=