FGV Annual Report 2012

148 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (k) Aset tidak nyata (sambungan) Ciri-ciri aset tidak nyata adalah seperti berikut: (i) Jenama adalah berkaitan dengan jenama gula“Prai”yang diperolehi sebagai sebahagian daripada pengambilalihan perniagaan gula pada tahun 2010. (ii) Teknologi yang lengkap adalah berkaitan dengan lesen untuk sebuah anak-anak syarikat untukmenggunakan teknologi tertentu yang terlibat dalampenghasilan lemak oleik. (iii) Perjanjian pajakan yang berkaitan dengan perjanjian pajakan bagi sebuah anak-anak syarikat yang memajak beberapa aset kepada pelanggan, diperoleh sebagai sebahagian daripada gabungan perniagaan.Twin RiversTechnologies Holdings Inc (“TRTH”) adalah pemberi pajak bagi sebahagian daripada kemudahan kepada penyewa di bawah pajakan operasi yang tidak boleh dibatalkan. Hartanah ini adalah termasuk tangki minyak semulajadi dan sistem saluran paip minyak. (iv) Hubungan pelanggan adalah berkaitan dengan kontrak untuk sebuah anak-anak syarikat untuk menjual produk kepada beberapa pelanggan. (v) Nama dagang adalah berkaitan dengan nama dagangan “Twin Rivers Technologies” yang diperoleh sebagai sebahagian daripada pengambilalihan operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat. (vi) Perisian berkaitan dengan sistem perbendaharaan. (vii) Aset tidak nyata dalam pembangunan berkaitan dengan sistem perakaunan hartanah di bawah pembangunan dan hak penggunaan tanah bagi penanaman kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia, yang masih tertakluk kepada kelulusan lain yang berkaitan. Keuntungan dan kerugian atas pelupusan ditetapkankan dengan membandingkan hasil kutipan dengan jumlah bawaan aset dan dirangkumkan dalam keuntungan atau kerugian. (l) Aset biologi Ladang kelapa sawit dan getah Kos pembangunan penanaman terdiri daripada kos pembangunan penanaman baru yang diambilkira di bawah kaedah penyelenggaraan modal. Di bawah kaedah penyelenggaraan modal, kos pembangunan yang ditanggung (contohnya untuk pembersihan tanah dan penjagaan pokok-pokok) sehingga tempoh matang dari 0 hingga 3 tahun bagi kelapa sawit dan 0 hingga 7 tahun bagi getah dipermodalkan dan tidak dilunaskan, dan ditunjukkan sebagai aset bukan semasa ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Kos pembangunan dipermodalkan akan tertakluk kepada susut nilai yang dipercepatkan jika kawasan tanaman sedia ada telah dikenalpasti oleh para Pengarah untuk penanaman semula dengan tanaman yang berbeza, selepas menurun nilai jumlah bawaan kepada jumlah yang boleh diperoleh semula. Perbelanjaan penanaman semula dicaj kepada keuntungan atau kerugian dalam tahun di mana ia ditanggung. Apabila kawasan tanaman ditanam semula dengan tanaman yang berbeza, baki kos pembangunan dipermodalkan sebelum ini dibelanjakan dalam keuntungan atau kerugian dan kos pembangunan penanaman baru bagi tanaman baru dipermodalkan. Nurseri Kos nurseri terdiri daripada kos benih kelapa sawit dan pokok getah dan kos pembangunan berkaitan yang ditanggung (contohnya kos biji benih dan merumput) dalam menyediakan nurseri. Kos nurseri yang berkaitan dengan penanaman baru dipindahkan ke ladang kelapa sawit dan getah apabila mencapai satu tahap kematangan, iaitu di antara 10 hingga 12 bulan bagi kelapa sawit dan 5 hingga 6 bulan bagi getah, manakala jenis-jenis lain dicaj kepada keuntungan atau kerugian. Tebu Tebu terdiri daripada kos pembangunan penanaman baru yang diakaunkan di bawah kaedah penyelenggaraan modal. Di bawah kaedah penyelenggaraan modal, kos pembangunan penanaman baru yang ditanggung (contohnya pembersihan tanah, penanaman dan penjagaan pokok-pokok) sehingga matang dipermodalkan dan tidak dilunaskan serta ditunjukkan sebagai kos sejarah ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Walau bagaimanapun, kos modal akan dilunaskan kepada penyata perolehan keseluruhan atas polisi-polisi garis lurus ke atas baki tempoh pajakan sekiranya tebu yang ditanam di atas tanah pegangan pajakan dan baki tempoh pajakan adalah lebih pendek daripada hayat ekonomi berguna tebu. Sekiranya tanda-tanda rosot nilai wujud, jumlah bawaan aset biologi ditaksir dan diturun nilai serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula. Lihat polisi- polisi perakaunan penting Nota 3(n) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Di mana wujud petunjuk nilai rosot nilai, jumlah dibawa aset biologi ditaksir dan diturunkan serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula. Lihat Nota 3(n) mengenai polisi perakaunan penting rosot nilai aset bukan kewangan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=