FGV Annual Report 2012

147 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (j) Pelaburan hartanah Pelaburan hartanah dipegang untuk hasil sewa jangka panjang atau untuk kenaikan modal atau kedua-duanya, dan tidak digunakan oleh Kumpulan. Pelaburan hartanah pada mulanya diukur pada kos, termasuk kos urusniaga berkaitan dan kos pinjaman jika pelaburan hartanah tersebut memenuhi definisi aset yang layak. Perbelanjaan seterusnya dipermodalkan kepada jumlah bawaan aset hanya apabila terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa hadapan yang berkaitan dengan perbelanjaan tersebut akan mengalir kepada Kumpulan dan kos item tersebut boleh diukur dengan pasti. Semua pembaikan dan kos penyelenggaraan adalah perbelanjaan apabila ditanggung. Apabila sebahagian daripada pelaburan hartanah diganti, jumlah bawaan bagi bahagian yang diganti tidak diiktiraf. Selepas pengiktirafan awal, pelaburan hartanah dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian rosot nilai. Tanah pegangan pajakan dilunaskan menerusi ansuran setara sepanjang tempoh pajakan 90 tahun. Pelaburan hartanah tidak diiktiraf samada apabila ia telah dilupuskan atau apabila pelaburan hartanah tersebut dikeluarkan secara tetap daripada penggunaan dan tiada faedah ekonomi masa hadapan dijangkakan daripada pelupusannya. Keuntungan dan kerugian atas pelupusan ditetapkankan dengan membandingkan hasil kutipan bersih pelupusan dengan jumlah bawaan dan dirangkumkan dalam keuntungan atau kerugian. Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan menilai sama ada terdapat sebarang petunjuk rosot nilai. Jika petunjuk sedemikian wujud, jumlah dibawa aset dikurangkan serta-merta kepada jumlah yang boleh diperolehi jika jumlah dibawa aset adalah lebih besar daripada jumlah yang boleh diperolehi. Rujuk polisi- polisi perakaunan penting di nota 3(n) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Keuntungan dan kerugian atas pelupusan ditetapkankan dengan membandingkan kutipan dengan jumlah dibawa aset dan dimasukkan dalam keuntungan atau kerugian. (k) Aset tidak nyata Aset tidak nyata yang diperolehi secara berasingan diukur pada pengiktirafan awal pada kos. Kos aset tidak nyata yang diperolehi dalam gabungan perniagaan adalah nilai saksamanya pada tarikh pengambilalihan. Berikutan pengiktirafan awal, aset tidak nyata dibawa pada kos ditolak sebarang pelunasan terkumpul dan sebarang kerugian rosot nilai terkumpul. Hayat berguna aset tidak nyata dinilai samada ia terhad atau tidak terhad. Aset tidak nyata dengan hayat terhad dilunaskan mengikut kaedah garis lurus sepanjang anggaran hayat berguna ekonomi dan dinilai untuk rosot nilai apabila terdapat penunjuk bahawa aset tidak nyata itu mungkin rosot nilai. Jika penunjuk sedemikian wujud, jumlah bawaan aset diturun nilai serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula jika jumlah bawaan aset itu adalah lebih besar daripada anggaran jumlah yang boleh diperoleh semula. Lihat polisi-polisi perakaunan Nota 3(n) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Tempoh pelunasan dan kaedah pelunasan bagi aset tidak nyata dengan hayat berguna terhad dikaji semula sekurang-kurangnya pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan. Aset tidak nyata dengan hayat berguna tidak terhad dan aset tidak nyata di bawah pembangunan tidak dilunaskan tetapi diuji untuk rosot nilai setiap tahun atau lebih kerap jika peristiwa atau perubahan dalam keadaan menunjukkan bahawa nilai bawaan mungkin rosot nilai secara individu atau pada tahap unit penjanaan tunai. Hayat penggunaan aset tidak nyata dengan hayat tidak terhad dikaji semula setiap tahun untuk menentukan samada penilaian hayat berguna masih boleh dikekalkan. Aset tidak nyata dilunaskan dengan menggunakan asas garis lurus ke atas anggaran hayat bergunanya seperti berikut: Jenama 26 tahun Teknologi lengkap 9 tahun Perjanjian pajakan 18 tahun Hubungan pelanggan 9 tahun Nama dagangan 5 tahun Perisian 5 tahun Pelunasan aset tidak nyata di dalam pembangunan bermula apabila aset tersebut sedia untuk digunakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=