FGV Annual Report 2012
146 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (h) Liabiliti kewangan Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, Kumpulan telah menjadi satu pihak kepada peruntukan kontrak instrumen kewangan. Liabiliti kewangan diiktiraf pada mulanya pada nilai saksama, campur, dalam kes liabiliti kewangan selain daripada derivatif, kos urusniaga langsung. Selepas pengiktirafan awal, semua liabiliti kewangan diukur pada kos yang dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif kecuali bagi liabiliti LLA dan derivatif dalam kedudukan kerugian yang diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan dan kerugian. Bagi liabiliti kewangan selain daripada liabiliti LLA dan derivatif, keuntungan dan kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila liabiliti tidak lagi diiktiraf, dan menerusi proses pelunasan. Keuntungan atau kerugian yang timbul daripada perubahan dalam nilai saksama liabiliti LLA dan derivatif diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam keuntungan/kerugian, bersih. Keuntungan atau kerugian bersih daripada derivatif adalah termasuk perbezaan tukaran. Pinjaman diklasifikasi sebagai liabiliti semasa melainkan Kumpulan mempunyai hak tidak bersyarat untuk menunda penyelesaian liabiliti untuk sekurang-kurangnya 12 bulan selepas tarikh penyata kedudukan kewangan. Kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran aset yang layak, iaitu aset yang memerlukan masa yang lama untuk bersiap sedia untuk digunakan atau dijual, ditambah kepada kos aset-aset tersebut, sehingga aset-aset tersebut sedia untuk digunakan atau dijual. Semua kos pinjaman lain diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana ia ditanggung. Liabiliti kewangan tidak diiktiraf apabila tanggungan di bawah liabiliti tersebut dihapuskan. Apabila liabiliti kewangan sedia ada digantikan dengan yang lain daripada peminjam yang sama atas terma-terma yang sebahagian besarnya berbeza, atau terma-terma liabiliti sedia ada telah diubahsuai, pertukaran atau perubahan tersebut dianggap sebagai penarikbalikan liabiliti yang asal dan pengiktirafan liabiliti baru, dan perbezaan dalam jumlah bawaan masing-masing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. (i) Hartanah, loji dan peralatan Hartanah, loji dan peralatan pada mulanya dinyatakan pada kos. Selepas itu, semua hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian rosot nilai. Kos sesuatu item hartanah, loji dan peralatan yang diiktiraf awal adalah termasuk harga pembelian dan sebarang kos yang berkaitan secara langsung dalam membawa aset ke lokasi dan keadaan yang diperlukan untuk ia mampu beroperasi dalam cara yang diinginkan oleh pihak pengurusan. Kos juga termasuk kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran aset yang layak. Kos berikutnya dimasukkan dalam jumlah bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, mengikut kesesuaian, hanya apabila terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa hadapan yang berkaitan dengan item tersebut akan mengalir kepada Kumpulan dan kos item tersebut boleh diukur dengan pasti. Semua pembaikan dan penyelenggaraan lain dicaj kepada keuntungan atau kerugian dalam tempoh kewangan di mana ia ditanggung. Tanah pegangan bebas tidak disusut nilai kerana ia mempunyai jangka hayat yang tidak terhad. Semua hartanah, loji dan peralatan lain disusutnilai atas polisi-polisi garis lurus untuk menghapuskira kos setiap aset kepada nilai baki sepanjang anggaran hayat bergunanya seperti berikut: Hartanah, loji dan peralatan Anggaran hayat berguna (tahun) Bangunan, struktur dan pengubahsuaian 3 hingga 50 Loji dan jentera 8 hingga 31 Kenderaan bermotor 3 hingga 10 Peralatan pejabat, alatan dan peralatan lain 2 hingga 15 Nilai baki dan hayat berguna aset dikaji, dan diselaraskan sekiranya sesuai, pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan. Susut nilai hartanah, loji dan peralatan berakhir pada awal penyahiktirafan dan diklasifikasi sebagai dipegang untuk dijual. Susutnilai ke atas aset dalam pembinaan bermula apabila aset tersebut sedia untuk digunakan. Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan menilai samada terdapat sebarang petunjuk rosot nilai. Jika petunjuk sedemikian wujud, jumlah bawaan aset tersebut diturunkan serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula jika jumlah bawaan aset tersebut adalah lebih besar daripada anggaran jumlah yang boleh diperolehi semula. Lihat polisi perakaunan penting pada Nota 3(n) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Keuntungan dan kerugian atas pelupusan ditetapkankan dengan membandingkan hasil kutipan dengan jumlah bawaan aset dan dirangkumkan dalam keuntungan atau kerugian. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=