FGV Annual Report 2012
145 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (g) Rosot nilai aset kewangan Aset dibawa pada kos dilunaskan Kumpulan menilai pada akhir setiap tempoh laporan samada terdapat bukti objektif bahawa nilai aset kewangan atau kumpulan aset kewangan rosot nilai. Aset kewangan atau kumpulan aset-aset kewangan dirosot nilai dan kerugian rosot nilai ditanggung hanya jika terdapat bukti objektif rosot nilai akibat daripada satu atau lebih peristiwa yang berlaku selepas pengiktirafan awal aset (“peristiwa kerugian”) dan bahawa peristiwa kerugian itu (atau peristiwa-peristiwa) mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa hadapan aset-aset kewangan atau kumpulan aset-aset kewangan yang boleh dianggarkan dengan pasti. Kumpulan pertama sekali menilai samada terdapat bukti objektif wujudnya rosot nilai. Jumlah kerugian diukur sebagai perbezaan di antara jumlah bawaan aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan (tidak termasuk kerugian kredit masa hadapan yang belum ditanggung) didiskaunkan pada kadar faedah efektif asal aset-aset kewangan tersebut. Jumlah bawaan aset tersebut dikurangkan dan jumlah kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Jika pinjaman mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah, kadar diskaun untuk mengukur kerugian rosot nilai adalah kadar faedah efektif semasa yang ditetapkankan di bawah kontrak. Sebagai kaedah praktikal, Kumpulan boleh mengukur rosot nilai berdasarkan pengiraan nilai saksama instrumen menggunakan harga pasaran yang boleh diperhatikan. Jika, dalam tempoh berikutnya, jumlah kerugian rosot nilai berkurangan dan pengurangan tersebut boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa yang berlaku selepas rosot nilai diiktiraf (seperti peningkatan dalam penarafan kredit penghutang), pembalikan rosot nilai yang diiktiraf sebelum ini diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Aset diklasifikasi sebagai aset-aset kewangan sedia untuk dijual Kumpulan menilai pada akhir tempoh laporan samada terdapat bukti objektif bahawa sesuatu aset-aset kewangan atau kumpulan aset kewangan rosot nilai. Kumpulan menggunakan kriteria dan pengukuran kerugian rosot nilai yang berkenaan untuk aset yang dibawa pada kos dilunaskan di atas. Jika, dalam tempoh berikutnya, nilai saksama instrumen yang diklasifikasikan sebagai sedia untuk dijual meningkat dan peningkatan tersebut boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa yang berlaku selepas kerugian rosot nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kerugian rosot nilai dibalikkan menerusi keuntungan atau kerugian. Selain kriteria untuk aset yang dibawa pada kos dilunaskan di atas, penurunan yang penting atau berpanjangan dalam nilai saksama sekuriti di bawah kosnya juga dianggap sebagai petunjuk bahawa aset tersebut rosot nilai. Jika bukti tersebut wujud untuk aset-aset kewangan sedia untuk dijual, kerugian terkumpul yang telah diiktiraf secara langsung dalam rizab sedia untuk jualan dikeluarkan dan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Jumlah kerugian terkumpul yang diklasifikasi semula kepada keuntungan atau kerugian adalah perbezaan di antara kos pengambilalihan dan nilai saksama semasa, ditolak sebarang kerugian rosot nilai ke atas aset-aset kewangan yang sebelumnya diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Kerugian rosot nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian ke atas instrumen ekuiti yang diklasifikasi sebagai sedia untuk dijual tidak dibalikkan menerusi keuntungan atau kerugian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=