FGV Annual Report 2012
144 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (f) Aset kewangan Klasifikasi Kumpulan mengklasifikasikan aset kewangannya dalam kategori berikut: pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, pinjaman dan belum terima dan aset-aset kewangan sedia untuk dijual. Klasifikasi dirosot nilai bergantung kepada tujuan pada mana aset-aset kewangan tersebut diperoleh. Pengurusan menentukan klasifikasi aset-aset kewangan pada pengiktirafan awal. (i) Aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian Aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian adalah aset-aset kewangan yang dipegang untuk dagangan. Aset kewangan diklasifikasikan dalam kategori ini jika ia diperoleh terpentingnya untuk tujuan jualan jangka pendek. Derivatif dikategorikan sebagai dipegang untuk dagangan kecuali sekiranya ia telah ditetapkan sebagai pelindung nilai. Aset dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai aset semasa. Derivatif pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama pada tarikh kontrak derivatif dimeterai dan kemudiannya diukur semula pada nilai saksama. Kaedah mengiktiraf keuntungan atau kerugian yang terhasil bergantung kepada samada derivatif tersebut telah ditetapkan sebagai instrumen lindung nilai, dan jika demikian, sifat item yang dilindung nilai. Kumpulan tidak menggunakan perakaunan lindung nilai pada akhir tahun kewangan. (ii) Pinjaman dan belum terima Pinjaman dan belum terima adalah aset-aset kewangan bukan derivatif dengan bayaran tetap atau boleh ditetapkankan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif. Ia termasuk dalam aset semasa, kecuali bagi tempoh matang lebih daripada 12 bulan selepas akhir tempoh laporan. Ini diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa. (iii) Aset kewangan sedia untuk dijual Aset kewangan sedia untuk dijual adalah bukan derivatif yang samada ditetapkan dalam kategori ini atau tidak diklasifikasi dalam mana-mana kategori lain. Ia dirangkumkan ke dalam aset-aset bukan semasa kecuali jika pelaburan mencapai tempoh matang atau para Pengarah bercadang untuk melupuskannya dalam tempoh 12 bulan dari akhir tempoh laporan. Pengiktirafan dan ukuran awal Pembelian dan jualan aset-aset kewangan yang lazim diiktiraf pada tarikh dagangan, tarikh di mana Kumpulan membuat komitmen untuk membeli atau menjual aset tersebut. Aset kewangan pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama ditambah kos urusniaga bagi semua aset-aset kewangan yang tidak dibawa pada nilai saksama menerusi untung atau rugi. Aset kewangan yang dibawa pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama, dan kos urusniaga dicaj dalam keuntungan atau kerugian. Ukuran lanjutan – keuntungan dan kerugian Aset kewangan sedia untuk dijual dan aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian kemudiannya dibawa pada nilai saksama. Pinjaman dan belum terima kemudiannya dibawa pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Perubahan dalam nilai saksama aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, termasuk kesan terjemahan matawang, faedah dan perolehan dividen diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana perubahan berkenaan timbul. Perubahan dalam nilai saksama aset-aset kewangan sedia untuk dijual diiktiraf dalam perolehan keseluruhan lain, kecuali bagi kerugian rosot nilai (lihat polisi-polisi perakaunan Nota 3 (g)) dan keuntungan dan kerugian ke atas aset monetari tukaran asing. Perbezaan terjemahan matawang ke atas aset monetari diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, manakala perbezaan tukaran atas aset-aset bukan monetari diiktiraf dalam perolehan keseluruhan lain sebagai sebahagian daripada perubahan nilai saksama. Faedah dan perolehan dividen atas aset-aset kewangan sedia untuk dijual diiktiraf secara berasingan dalam keuntungan atau kerugian. Pendapatan dividen atas aset- aset kewangan sedia untuk dijual diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila hak Kumpulan untuk menerima bayaran ditetapkankan. Aset dan liabiliti kewangan diseimbangkan dan jumlah bersih dilaporkan dalam penyata kedudukan kewangan apabila terdapat hak yang boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang untuk mengimbangi jumlah yang diiktiraf dan terdapat niat untuk menyelesaikan secara asas bersih, atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=