FGV Annual Report 2012
143 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (d) Syarikat-syarikat bersekutu (sambungan) Bahagian keuntungan atau kerugian selepas cukai Kumpulan dan kepentingan pihak tidak mengawal dalam syarikat-syarikat bersekutu selepas pengambilalihan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, dan bahagiannya dalam perubahan selepas pengambilalihan dalam rizab masing-masing, selain daripada perubahan dalam kepentingan pihak tidak mengawal yang dicatatkan dalam gabungan penyata kewangan syarikat-syarikat bersekutu, diiktiraf dalam rizab masing-masing. Perubahan terkumpul selepas pengambilalihan diselaraskan dengan jumlah bawaan pelaburan tersebut. Apabila bahagian kerugian Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu menyamai atau melebihi kepentingannya dalam syarikat-syarikat bersekutu tersebut, termasuk sebarang kepentingan jangka panjang yang pada dasarnya adalah pelaburan bersih, Kumpulan tidak mengiktiraf kerugian selanjutnya, melainkan ia telah menanggung obligasi atau membuat bayaran bagi pihak syarikat-syarikat bersekutu tersebut. Keuntungan tidak direalisasi daripada urusniaga antara Kumpulan dan syarikat-syarikat bersekutu dihapuskan pada kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu terbabit. Kerugian tidak direalisasi juga dihapuskan kecuali sekiranya urusniaga tersebut mengemukakan bukti tentang rosot nilai aset yang dipindahkan. Kumpulan mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian atas jualan aset oleh Kumpulan kepada syarikat-syarikat bersekutu yang boleh dikaitkan dengan para pemegang saham yang lain. Kumpulan tidak mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian daripada syarikat-syarikat bersekutu yang terhasil daripada pembelian aset oleh Kumpulan daripada syarikat-syarikat bersekutu terbabit sehingga ia menjual semula aset tersebut kepada pihak bebas. Walau bagaimanapun, jika kerugian atas urusniaga tersebut mengemukakan bukti pengurangan dalam nilai bersih boleh direalisasi bagi aset semasa atau kerugian rosot nilai, kerugian itu diiktiraf dengan segera. Kumpulan mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian daripada syarikat-syarikat bersekutu yang timbul daripada pembelian aset oleh syarikat-syarikat bersekutu lain atau entiti kawalan bersama Kumpulan. Di mana perlu, dalam menggunakan kaedah ekuiti ini, pelarasan yang sesuai dibuat ke atas penyata kewangan syarikat-syarikat bersekutu bagi memastikan keselarasan dengan polisi-polisi perakaunan Kumpulan. Dalam penyata kewangan Syarikat, pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu dinyatakan pada kos. Sekiranya wujud tanda-tanda rosot nilai, jumlah bawaan pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu tersebut ditaksir dan diturun nilai serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula (Nota 3 (g)). Bagi pelupusan syarikat-syarikat bersekutu, perbezaan di antara hasil kutipan bersih pelupusan dan jumlah bawaannya dicaj/dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian. (e) Entiti kawalan bersama Entiti kawalan bersama adalah semua syarikat-syarikat, perkongsian atau entiti-entiti lain yang mana terdapat kontrak persetujuan berkongsi kawalan oleh Kumpulan dengan satu atau lebih pihak di mana keputusan kewangan dan operasi yang strategik berkaitan dengan entiti-entiti terbabit memerlukan persetujuan sebulat suara daripada pihak yang berkongsi kawalan. Kepentingan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama diakaunkan dalam gabungan penyata kewangan menggunakan kaedah perakaunan ekuiti. Perakaunan ekuiti dihentikan apabila Kumpulan tidak lagi mempunyai kawalan bersama ke atas entiti kawalan bersama atau apabila entiti kawalan bersama diklasifikasi sebagai aset yang dipegang untuk jualan. Perakaunan ekuiti melibatkan pengiktirafan bahagian Kumpulan dalam keputusan selepas pengambilalihan entiti kawalan bersama dalam keuntungan atau kerugian dan bahagiannya dalam perubahan selepas pengambilalihan dalam rizab masing-masing. Perubahan terkumpul selepas pengambilalihan diselaraskan dengan jumlah bawaan pelaburan. Kumpulan mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian atas jualan aset oleh Kumpulan kepada entiti kawalan bersama yang berkaitan dengan pengusaha lain. Kumpulan tidak mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian daripada entiti kawalan bersama yang terhasil daripada pembelian aset oleh Kumpulan daripada entiti kawalan bersama sehingga ia menjual semula aset tersebut kepada pihak bebas. Walau bagaimanapun, jika kerugian atas urusniaga tersebut mengemukakan bukti pengurangan dalam nilai bersih yang boleh direalisasi bagi aset semasa atau kerugian rosot nilai, kerugian tersebut diiktiraf dengan segera. Kumpulan mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian daripada entiti kawalan bersama yang timbul daripada pembelian aset oleh syarikat-syarikat bersekutu atau entiti kawalan bersama yang lain dalam Kumpulan. Di mana perlu, dalam menggunakan kaedah ekuiti ini, pelarasan yang sewajarnya dibuat ke atas penyata kewangan entiti kawalan bersama bagi memastikan keselarasan dengan polisi-polisi perakaunan Kumpulan. Dalam penyata kewangan Syarikat, pelaburan dalam entiti kawalan bersama dinyatakan pada kos. Sekiranya tanda-tanda rosot nilai wujud, jumlah bawaan pelaburan dalam entiti kawalan bersama tersebut ditaksir dan diturun nilai serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula (Nota 3(g)). Bagi pelupusan entiti kawalan bersama, perbezaan di antara hasil kutipan bersih pelupusan dan jumlah bawaannya dicaj/dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=