FGV Annual Report 2012
142 Felda Global Ventures Holdings Berhad 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING (sambungan) (a) Asas gabungan dan pelaburan dalam anak-anak syarikat (sambungan) Urusniaga antara syarikat, baki dan keuntungan tidak direalisasi daripada urusniaga antara syarikat-syarikat kumpulan dihapuskira, kerugian tidak direalisasi juga dihapuskan kecuali sekiranya kos tidak boleh diperoleh semula. Di mana perlu, pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan anak-anak syarikat untuk memastikan keselarasan dengan polisi-polisi yang diterima pakai oleh Kumpulan. Kepentingan pihak tidak mengawal adalah ekuiti dalam anak-anak syarikat yang tidak boleh dikaitkan, secara langsung atau tidak langsung, kepada induk. Pada asas pengambilalihan-menerusi-pengambilalihan, Kumpulan mengukur sebarang kepentingan pihak tidak mengawal dalam syarikat yang diambilalih mengikut bahagian berwajaran aset bersih syarikat yang diambilalih. Pada akhir tempoh laporan, kepentingan pihak tidak mengawal terdiri daripada jumlah yang dikira pada tarikh gabungan dan bahagiannya dalam perubahan ekuiti anak-anak syarikat sejak tarikh gabungan. Keuntungan atau kerugian atas pelupusan anak-anak syarikat adalah perbezaan di antara hasil kutipan bersih pelupusan dan bahagian Kumpulan daripada aset bersihnya pada tarikh pelupusan termasuk jumlah terkumpul sebarang perbezaan pertukaran atau rizab lain yang berkaitan dengan anak-anak syarikat dan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Semua perolehan dan kerugian anak-anak syarikat dikaitkan dengan induk dan kepentingan pihak tidak mengawal, walaupun kerugian yang dikaitkan dengan kepentingan pihak tidak mengawal itu menyebabkan baki debit dalam kepentingan pihak tidak mengawal. Dalam penyata kewangan Syarikat, pelaburan dalam anak-anak syarikat dinyatakan pada kos. Apabila tanda-tanda rosot nilai wujud, jumlah bawaan pelaburan ditaksir dan diturun nilai serta-merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula (Nota 3 (g)). Bagi pelupusan anak-anak syarikat, perbezaan antara hasil bersih pelupusan dan jumlah bawaannya dicaj/dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian. (b) Perubahan dalam kepentingan pemilikan dalam anak-anak syarikat tanpa perubahan kawalan Urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal yang tidak menyebabkan kehilangan kawalan diambilkira sebagai urusniaga ekuiti – iaitu, sebagai urusniaga dengan pemilik dalam kapasiti mereka sebagai pemilik. Perbezaan di antara nilai saksama sebarang pertimbangan yang dibayar dan bahagian saham yang diambilalih atas nilai bawaan aset-aset bersih anak-anak syarikat direkodkan dalam perolehan terkumpul. Keuntungan atau kerugian atas pelupusan kepentingan pihak tidak mengawal turut direkodkan dalam perolehan terkumpul. (c) Muhibah Muhibah mewakili lebihan kos pengambilalihan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama ke atas bahagian Kumpulan daripada nilai saksama aset bersih yang boleh dikenalpasti termasuk liabiliti luar jangka pada tarikh pengambilalihan. Muhibah atas pengambilalihan bagi anak-anak syarikat dirangkumkan di dalam gabungan penyata kedudukan kewangan sebagai aset tidak ketara, atau jika timbul bagi syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama, ia dirangkumkan ke dalam pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu atau entiti-entiti kawalan bersama. Muhibah yang diiktiraf secara berasingan diuji setiap tahun untuk rosot nilai atau jika peristiwa atau keadaan yang berlaku menunjukkan bahawa rosot nilai mungkin wujud dan dibawa pada kos ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Kerugian rosot nilai ke atas muhibah tidak dibalikkan. Keuntungan dan kerugian daripada penjualan sesebuah entiti-entiti adalah termasuk jumlah bawaan muhibah yang berkaitan dengan entiti-entiti yang dijual. Muhibah diperuntukkan kepada unit-unit penjana tunai bagi tujuan ujian rosot nilai. Peruntukan dibuat kepada unit-unit penjanaan tunai yang dijangka mendapat manfaat daripada gabungan perniagaan di mana muhibah tersebut timbul. (d) Syarikat-syarikat bersekutu Syarikat-syarikat bersekutu adalah syarikat, perkongsian atau entiti-entiti lain di mana Kumpulan mempunyai pengaruh penting, tetapi ia tidak mengawal secara umumnya disertai dengan pegangan saham di antara 20%dan 50%hak mengundi. Pengaruh yang penting adalah kuasa untuk mengambil bahagian dalam keputusan polisi kewangan dan operasi syarikat-syarikat bersekutu tetapi bukan kuasa untuk melaksanakan kawalan ke atas polisi-polisi tersebut. Syarikat-syarikat bersekutu diambilkira dalam gabungan penyata kewangan menggunakan kaedah perakaunan ekuiti dan pada awalnya diiktiraf pada kos. Pelaburan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu meliputi muhibah yang dikenalpasti daripada pengambilalihan. Lihat polisi-polisi perakaunan penting Nota 3 (c) mengenai muhibah. Perakaunan ekuiti dihentikan apabila Kumpulan tidak lagi mempunyai pengaruh penting ke atas entiti-entiti atau apabila syarikat-syarikat bersekutu diklasifikasi sebagai aset yang dipegang untuk jualan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=