FGV Annual Report 2012
141 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 2 ASAS PENYEDIAAN (sambungan) (iii) Piawaian, pindaan ke atas terbitan piawaian dan tafsiran bagi piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat tetapi belum berkuatkuasa dan belum dipenggunaan awal: (sambungan) Berkuatkuasa dari tempoh kewangan bermula 1 Januari 2015 • MFRS 9“Instrumen Kewangan – Klasifikasi dan Pengukuran Aset-aset Kewangan dan Liabiliti-liabiliti Kewangan”(berkuatkuasa 1 Januari 2015) menggantikan model-model klasifikasi dan pengukuran dalam MFRS 139 dengan satu model tunggal yang hanya mempunyai dua kategori klasifikasi: kos dilunaskan dan nilai saksama. Asas klasifikasi bergantung kepada model perniagaan entiti-entiti dalam menguruskan aset-aset kewangan dan ciri-ciri aliran tunai kontrak aset-aset kewangan tersebut. Perakaunan dan pembentangan bagi liabiliti-liabiliti kewangan dan untuk menyahiktiraf instrumen kewangan telah dipindahkan daripada MFRS 139, tanpa perubahan, kecuali bagi liabiliti-liabiliti kewangan yang telah ditetapkan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian (“FVTPL”). Entiti dengan liabiliti-liabiliti kewangan yang ditetapkankan pada FVTPL mengiktiraf perubahan dalam nilai saksama disebabkan oleh perubahan dalam risiko kredit liabiliti tersebut secara langsung dalam lain-lain pendapatan komprehensif lain (‘OCI”). Tidak terdapat kitaran semula selanjutnya bagi jumlah dalam OCI kepada keuntungan atau kerugian, tetapi keuntungan atau kerugian terkumpul boleh dipindahkan dalam ekuiti. Panduan dalam MFRS 9 berkaitan rosot nilai aset-aset kewangan dan perakaunan lindung nilai terus digunapakai. Kumpulan dan Syarikat akan menggunapakai piawaian di atas dari tahun kewangan 1 Januari 2015. Kesan piawaian di atas sedang dinilai oleh para Pengarah. 3 POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTING Polisi-polisi perakaunan penting yang digunapakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Polisi-polisi ini telah digunapakai secara konsisten ke atas semua tahun-tahun yang dibentangkan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (a) Asas gabungan dan pelaburan dalam anak-anak syarikat Penyata kewangan yang disatukan adalah termasuk penyata kewangan Syarikat dan semua anak-anak syarikatnya yang disediakan sehingga akhir tahun. Anak- anak syarikat adalah semua entiti-entiti di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk mentadbir polisi-polisi kewangan dan operasi secara umumnya disertai dengan pegangan sahammelebihi separuh daripada hakmengundi. Kewujudan dan kesan potensi hakmengundi yang boleh dilaksanakan atau boleh ditukar dipertimbangkan apabila menilai samada Kumpulan mengawal entiti-entiti yang lain. Perakaunan pengambilalihan Kaedah perakaunan pengambilalihan digunakan untuk mengambilkira pengambilalihan anak-anak syarikat oleh Kumpulan. Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan, kos pengambilalihan diukur sebagai nilai saksama aset yang diberikan, instrumen ekuiti yang diterbitkan dan liabiliti yang ditanggung atau diambilalih pada tarikh pertukaran atau pengambilalihan. Kos pengambilalihan termasuk nilai saksama sebarang aset atau liabiliti terhasil daripada pengaturan pertimbangan luar jangka. Kos berkaitan daripada pengambilalihan adalah pembelanjaan apabila ditanggung. Aset dan liabiliti dikenalpasti yang diambilalih dan liabiliti luar jangka yang ditanggung dalam kombinasi perniagaan pada mulanya diukur pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan, tanpa mengambilkira sejauh mana tahap kepentingan pihak tidak mengawal. Lebihan kos pengambilalihan ke atas nilai saksama bahagian Kumpulan daripada aset bersih yang boleh dikenalpasti bagi anak-anak syarikat yang diambilalih direkodkan sebagai muhibah. Jika kos pengambilalihan adalah kurang daripada nilai saksama aset bersih anak-anak syarikat yang diambilalih, perbezaannya diiktiraf secara langsung dalam keuntungan atau kerugian. Keputusan anak-anak syarikat yang diambilalih atau dijual pada tahun ini dimasukkan ke dalam gabungan penyata pendapatan komprehensif dari tarikh kuatkuasa kawalan yang diperolehi atau sehingga apabila tarikh kuatkuasa kawalan berakhir, sebagaimana wajar. Perakaunan sebelumnya Pengambilalihan anak-anak syarikat dan perniagaan di bawah kawalan lazim yang memenuhi syarat-syarat penggabungan diakaunkan menggunakan asas perakaunan sebelumnya. Pengambilalihan Felda Global Ventures Indonesia Sdn Bhd (“FGVI”), Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (“FGVNA”) dan estet perladangan yang dimiliki oleh FELDA (Nota 21) yang memenuhi syarat-syarat penggabungan diakaunkan menggunakan asas tersebut. Di bawah polisi-polisi perakaunan sebelumnya, keputusan anak-anak syarikat dan perniagaan di bawah kawalan lazim dibentangkan seolah-olah gabungan perniagaan telah dikuatkuasakan sepanjang tahun semasa dan tahun-tahun sebelumnya. Aset dan liabiliti yang digabungkan diakaunkan berdasarkan jumlah bawaan daripada perspektif pemegang saham kawalan lazim pada tarikh pemindahan. Berikutan penggabungan, kos penggabungan perniagaan dibatalkan dengan nilai saham yang diterima. Sebarang perbezaan kredit atau debit yang terhasil diklasifikasikan sebagai rizab penyusunan semula. Sebarang premium saham, rizab penebusan modal dan rizab lain yang berkait dengan modal saham entiti-entiti yang digabungkan, setakat mana tahap yang ia tidak dipermodalkan oleh perbezaan debit, diklasifikasikan dan dibentangkan sebagai pergerakan dalam rizab-rizab modal yang lain.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=