FGV Annual Report 2012

140 Felda Global Ventures Holdings Berhad 2 ASAS PENYEDIAAN (sambungan) (iii) Piawaian, pindaan ke atas terbitan piawaian dan tafsiran bagi piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat tetapi belum berkuatkuasa dan belum dipenggunaan awal: (sambungan) Berkuatkuasa dari tempoh kewangan bermula 1 Januari 2013 (sambungan) • Pindaan FRS 10, FRS 11 dan FRS 12 “Gabungan Penyata Kewangan, Urus Janji Bersama dan Pendedahan Kepentingan dalam Entiti Lain: Panduan Peralihan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) menjelaskan bahawa tarikh permulaan gunapakai merupakan hari pertama tempoh tahunan di mana FRS 10 dipenggunaan. Entiti harus menilai kawalan pada tarikh permulaan gunapakai yang akan memberi kesan ke atas penggunaan di dalam tempoh perbandingan tahun sebelumnya. Pindaan ini juga mengkehendaki perbandingan bagi pendedahan tertentu yang berkaitan dengan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama di bawah FRS 12 sejurus peralihan. Sebarang perbezaan di antara jumlah bawaan FRS 10 dan jumlah bawaan terdahulu pada permulaan tempoh tahunan yang sebelumnya diselaraskan kepada ekuiti. • Penambahbaikan FRS yang berkaitan dengan Penambahbaikan IASB kepada IFRS pada 2011 – Pindaan FRS 16 “Hartanah, Loji dan Peralatan” menjelaskan bahawa bahagian gantian dan peralatan servis diklasifikasi sebagai hartanah, loji dan peralatan dan bukannya inventori apabila ia memenuhi definasi hartanah, loji dan peralatan. • Tafsiran IC 20“Kos Pelucutan pada Fasa Pengeluaran Permukaan Lombong”(berkuatkuasa 1 Januari 2013) menetapkan perakaunan bagi bebanan kos pengalihan (pelucutan) sisa buangan pada fasa pengeluaran lombong. Ia mengkehendaki entiti-entiti yang membuat laporan di bawah MFRS untuk menghapuskira aset- aset pelucutan sedia ada kepada perolehan tersimpan sekiranya aset-aset tersebut tidak boleh dikaitkan dengan komponen badan yang boleh dikenalpasti. Kumpulan dan Syarikat akan mengpenggunaan piawaian-piawaian di atas dari tahun kewangan bermula 1 Januari 2013. Kesan piawaian-piawaian di atas sedang dinilai oleh para Pengarah. Berkuatkuasa dari tempoh kewangan bermula 1 Januari 2014 MFRS 1 “Gunapakai MFRS buat Kali Pertama” menyediakan pengecualian pilihan tertentu dan pengecualian mandatori tertentu untuk penggunaan MFRS buat kali pertama. Kesan penggunaan MFRS 1 ke atas Kumpulan dan Syarikat berdasarkan pengecualian mandatori dan pengecualian pilihan bagi penggunaan MFRS buat kali pertama masih dinilai oleh para Pengarah. • MFRS 141“Pertanian” • Pindaan MFRS 132“Instrumen Kewangan: Pembentangan” Kesan penting hasil daripada penggunaan MFRS 141 dan Pindaan MFRS 132 adalah dibincangkan di bawah: • MFRS 141 “Pertanian”(berkuatkuasa 1 Januari 2012) mengkehendaki aset biologi dan hasil pertanian pada masa penuaian diukur pada nilai saksama tolak kos jualan. Sejurus penggunaan MFRS 141 pada 1 Januari 2014, aset-aset biologi Kumpulan akan dinilai saksama dan kesan pelarasan nilai saksama itu akan diakaunkan secara retrospektif dengan menyelaraskan perolehan tersimpan. Perubahan nilai saksama yang seterusnya bagi aset biologi selepas tarikh itu akan dimasukkan dalam keuntungan dan kerugian dalam tempoh di mana perubahan tersebut timbul. • Pindaan MFRS 132 “Instrumen Kewangan: Pembentangan” (berkuatkuasa 1 Januari 2014) tidak mengubah model pengimbangan semasa dalam MFRS 132. Ia menjelaskan makna “mempunyai hak semasa yang boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk mengimbangi” bahawa hak untuk mengimbangi harus tersedia pada hari ini (bukan bergantung kepada peristiwa masa hadapan) dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk semua pihak yang terlibat dalam urusan lazim perniagaan. Ia menjelaskan bahawa beberapa mekanisme penyelesaian secara kasar dengan ciri-ciri yang setara dengan penyelesaian secara bersih akan memenuhi kriteria pengimbangan MFRS 132. Kumpulan akan menggunapakai piawaian-piawaian di atas dari tahun kewangan bermula 1 Januari 2014. Kesan piawaian di atas sedang dinilai oleh para Pengarah. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=