FGV Annual Report 2012

139 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 2 ASAS PENYEDIAAN (sambungan) (ii) Pindaan ke atas terbitan piawaian yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat dan telah dipenggunaan awal: Semasa tahun kewangan, Kumpulan dan Syarikat telah menggunapakai lebih awal Pindaan FRS 119 “Manfaat lebih Kakitangan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan telah menggunapakai piawaian ini dari tahun kewangan bermula 1 Januari 2012. Pindaan FRS 119 “Manfaat Kakitangan”(berkuatkuasa 1 Januari 2013) membawa perubahan penting ke atas pengiktirafan dan ukuran perbelanjaan pencen manfaat tertakrif dan manfaat pemberhentian kerja, dan ke atas pendedahan untuk semua manfaat kakitangan. Keuntungan dan kerugian aktuarial tidak lagi akan ditunda menggunakan pendekatan koridor. FRS 119 akan ditarik balik dengan penggunaan pindaan ini. Gunapakai awal tidak mendatangkan kesan penting bagi Kumpulan dan Syarikat. (iii) Piawaian, pindaan ke atas terbitan piawaian dan tafsiran bagi piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat tetapi belum berkuatkuasa dan belum dipenggunaan lebih awal: Berkuatkuasa dari tempoh kewangan bermula 1 Januari 2013 • Pindaan FRS 101“Pembentangan Item dari Lain-lain Pendapatan Komprehensif”(berkuatkuasa 1 Julai 2012) memerlukan entiti-entiti mengasingkan item-item yang dibentangkan dalam“Lain-lain Pendapatan Komprehensif”(OCI) dalam penyata pendapatan komprehensif ke dalam dua kumpulan, berdasarkan samada ia boleh dikitar semula ke dalam keuntungan atau kerugian pada masa hadapan. Pindaan ini tidak menyatakan item yang dibentangkan dalam OCI. • FRS 10 “Gabungan Penyata Kewangan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) mengubah takrif kawalan. Pelabur mengawal penerima pelaburan apabila ia terdedah kepada, atau berhak ke atas, pulangan yang berubah-ubah hasil daripada penglibatannya dengan penerima pelaburan tersebut dan memiliki kemampuan untuk mempengaruhi pulangan tersebut menerusi kuasanya ke atas penerima pelaburan. Ia menjadikan kawalan sebagai asas penentuan entiti-entiti yang digabungkan dalam gabungan penyata kewangan dan menetapkan kehendak-kehendak perakaunan bagi penyediaan gabungan penyata kewangan. Ia menggantikan semua panduan kawalan dan penggabungan dalam FRS 127 “Penyata Kewangan Gabungan dan Berasingan” dan Tafsiran IC 112 “Gabungan – Entiti-entiti Tujuan Khas”. • FRS 11 “Urus Janji Bersama” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) mengkehendaki sesuatu pihak dalam satu urus janji bersama untuk menentukan jenis urus janji bersama di mana ia terlibat dengan menilai hak dan tanggungannya yang timbul daripada urus janji tersebut, berbanding bentuk perundangannya. Terdapat dua jenis urus janji bersama: operasi bersama dan usahasama. Operasi bersama terjadi apabila pengendali bersama mempunyai hak ke atas aset-aset dan tanggungan yang berkaitan dengan urus janji tersebut dan oleh itu menjelaskan kepentingannya dalam aset, liabiliti, perolehan dan perbelanjaan. Usahasama terjadi apabila pengendali bersama mempunyai hak ke atas aset bersih urus janji tersebut dan oleh itu mengakaunkan ekuiti untuk kepentingannya. Gabungan berkadar bagi usahasama tidak lagi dibenarkan. • FRS 12“Pendedahan Kepentingan dalam Entiti Lain”(berkuatkuasa 1 Januari 2013) menjelaskan pendedahan yang diperlukan bagi entiti-entiti yang membuat laporan di bawah dua piawaian baru, FRS 10 dan FRS 11, dan menggantikan kehendak pendedahan sedia ada dalam FRS 128“Pelaburan dalam Syarikat Sekutu”. Ia mengkehendaki entiti-entiti mendedahkan maklumat yang membantu pembaca-pembaca penyata kewangan menilai ciri-ciri, risiko-risiko dan kesan-kesan kewangan berkaitan dengan kepentingan entiti-entiti dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, urus janji bersama dan entiti-entiti berstruktur tidak bergabung. • FRS 13 “Ukuran Nilai Saksama” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) bertujuan memperbaiki konsistensi dan mengurangkan kesukaran dengan menyediakan definisi yang tepat bagi nilai saksama serta sumber tunggal bagi ukuran nilai saksama dan kehendak pendedahan untuk kegunaan bagi semua FRS. Kehendak-kehendak tersebut tidak memperluaskan penggunaan perakaunan nilai saksama tetapi menyediakan panduan tentang penggunaannya apabila penggunaannya diperlukan atau dibenarkan oleh piawaian lain. Kehendak pendedahan yang dipertingkatkan adalah serupa dengan FRS 7“Instrumen Kewangan: Pendedahan”, tetapi dipenggunaan ke atas semua aset dan liabiliti yang diukur pada nilai saksama, dan bukan hanya pada yang berbentuk kewangan. • FRS 127 yang telah Disemak “Penyata Kewangan Berasingan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) merangkumi peruntukan ke atas penyata kewangan berasingan yang tinggal selepas peruntukan kawalan FRS 127 dirangkumkan ke dalam FRS 10 yang baru. • FRS 128 yang telah Disemak “Pelaburan dalam Syarikat-syarikat bersekutu dan Usahasama” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) merangkumi kehendak-kehendak bagi usahasama serta syarikat-syarikat bersekutu untuk diakaunkan menerusi ekuiti berikutan terbitan FRS 11. • Pindaan FRS 1 “Pinjaman Kerajaan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) membenarkan pengguna kali pertama untuk menggunakan jumlah bawaan berdasarkan GAAP terdahulu untuk pinjaman yang dalam peralihan kepada MFRS. Ia mengkehendaki entiti-entiti untuk mengklasifikasikan semua pinjaman kerajaan sebagai liabiliti kewangan atau instrumen ekuiti sejajar dengan FRS 132 “Instrumen Kewangan: Pembentangan” dan mengpenggunaan kehendak-kehendak dalam FRS 9“Instrumen Kewangan”dan FRS 120“Perakaunan untuk Geran-geran Kerajaan dan Pendedahan Bantuan Kerajaan”secara prospektif bagi pinjaman kerajaan yang wujud pada tarikh peralihan kepada FRS dan tidak mengiktiraf manfaat pinjaman kerajaan yang berada pada kadar faedah di bawah nilai pasaran sebagai geran kerajaan. • Pindaan FRS 7 “Instrumen Kewangan: Pendedahan” (berkuatkuasa 1 Januari 2013) memerlukan pendedahan lebih meluas dengan fokus ke atas maklumat kuantitatif mengenai instrumen kewangan yang diiktiraf diseimbangkan dalam penyata kedudukan kewangan dan yang tertakluk kepada penolakan induk atau urus janji serupa tanpa mengambilkira samada ia diseimbangkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=