FGV Annual Report 2012
138 Felda Global Ventures Holdings Berhad 1 MAKLUMAT UMUM Syarikat adalah asasnya sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan pelaburan penting dalam perladangan kelapa sawit dan kegiatan-kegiatan hiliran yang berkaitan, penapisan gula, pembuatan, logistik dan lain-lain. Kegiatan penting anak-anak syarikat dinyatakan dalam Nota 21 penyata kewangan. Tidak terdapat sebarang perubahan penting dalam kegiatan-kegiatan Kumpulan dan Syarikat ini semasa tahun kewangan selain daripada pengambilalihan estet perladangan sebelum penyenaraiannya. Pada 1 Januari 2012, Kumpulan telah mengambilalih estet perladangan seperti yang didedahkan dalam Nota 21(c). Pengambilalihan estet perladangan telah diakaunkan menggunakan asas perakaunan sebelumnya yang menyebabkan pengiktirafan rizab organisasi semula berjumlah sehingga RM2,088,969,000 seperti yang dinyatakan dalam Nota 37 penyata kewangan. Dalam tahun kewangan sebelum ini, Syarikat merupakan sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan bermastautin di Malaysia. Pada 18 Januari 2012, Syarikat telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menukar statusnya daripada syarikat liabiliti sendirian berhad kepada syarikat liabiliti awam berhad. Pada 28 Jun 2012, Syarikat telah menyelesaikan pelaksanaan penawaran awam awal (“IPO”) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Pejabat berdaftar dan tempat perniagaan penting Syarikat terletak di Tingkat 42, Menara Felda, Platinum Park, No.11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur. 2 ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah kecuali dinyatakan sebaliknya dalam penyata polisi individu dalam Nota 3 panyata kewangan. Penyata kewangan ini telah disediakan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Piawaian Laporan Kewangan di Malaysia. Pada tahun kewangan bermula 1 Januari 2014, Kumpulan, sebagai sebuah Entiti Peralihan, akan menggunapakai rangka kerja patuh IFRS yang baru iaitu Piawaian Laporan Kewangan Malaysian (“MFRS”). Penyediaan penyata kewangan menurut kehendak Akta Syarikat, 1965 dan Piawaian Laporan Kewangan di Malaysia memerlukan para Pengarah membuat anggaran dan andaian yang memberi kesan ke atas jumlah aset dan liabiliti serta pendedahan aset dan liabiliti luar jangka yang dilaporkan pada tarikh penyata kewangan selain jumlah perolehan dan perbelanjaan yang dilaporkan semasa tempoh laporan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran ini. Penyediaan penyata kewangan ini memerlukan penggunaan anggaran tertentu dan andaian perakaunan kritikal yang tertentu. Ia juga memerlukan pihak pengurusan melaksanakan penilaian dalam proses menggunapakai polisi-polisi perakaunan Kumpulan. Bahagian yang melibatkan tahap pertimbangan atau kesukaran yang tinggi, atau bahagian di mana andaian dan anggaran adalah penting kepada penyata kewangan dinyatakan dalam Nota 5. (i) Piawaian, pindaan ke atas terbitan piawaian dan tafsiran yang digunapakai oleh Kumpulan dan Syarikat pada 1 Januari 2012: • FRS 124 yang telah disemak“Pendedahan Pihak Berkaitan” • Tafsiran IC 19“Melupuskan Liabiliti Kewangan dengan Instrumen Ekuiti” • Pindaan FRS 7“Instrumen Kewangan: Pendedahan ke atas Pemindahan Aset Kewangan” • Pindaan FRS 112“Cukai Pendapatan: Cukai Tertunda – Pemulihan Aset Teras” • Pindaan Terjemahan IC 14“FRS 119 – Had ke atas Aset Manfaat Tertakrif, Kehendak Pembiayaan Minimum dan Interaksinya” Gunapakai piawaian, pindaan ke atas terbitan piawaian dan tafsiran di atas tidak memberi kesan kewangan yang penting ke atas Kumpulan dan tidak menghasilkan perubahan besar dalam polisi-polisi perakaunan Kumpulan kecuali bagi FRS 124 yang telah disemak, yang mana kesan-kesan pentingnya dibincangkan di bawah: • FRS 124 yang telah disemak “Pendedahan Pihak Berkaitan” (berkuatkuasa 1 Januari 2012) menghapuskan pengecualian bagi pendedahan urusniaga di antara entiti-entiti berkaitan kerajaan dengan pihak kerajaan, dan semua entiti-entiti berkaitan kerajaan yang lain. Pendedahan baru yang berikut kini diperlukan untuk semua entiti-entiti berkaitan kerajaan: – Nama kerajaan yang terlibat dan ciri-ciri hubungan antara mereka; – Ciri-ciri dan jumlah bagi setiap urusniaga penting; dan – Tahap bagi sebarang urusniaga kolektif yang penting, samada secara kualitatif atau kuantitatif. Kesan ke atas penyata kewangan berikutan penggunaan FRS 124 yang telah Disemak adalah merupakan pendedahan tambahan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=