FGV Annual Report 2012

155 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (a) Polisi-polisi pengurusan risiko kewangan Kumpulan terdedah kepada risiko pasaran, risiko kredit dan risiko kecairan yang timbul daripada aktiviti perniagaan. Keseluruhan strategi pengurusan risiko Kumpulan adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan buruk daripada ketidaktentuan pasaran-pasaran kewangan ke atas prestasi kewangan Kumpulan. Kumpulan menggunakan instrumen kewangan yang berkaitan untuk melindungi nilai risiko-risiko pendedahan komersial sedemikian. Instrumen kewangan tersebut tidak dipegang untuk perdagangan atau tujuan spekulatif. Lembaga Pengarah mempunyai keseluruhan tanggungjawab untuk mengawasi pengurusan risiko kewangan termasuk mengenalpasti risiko, operasi atau strategik, dan pelan tindakan yang selanjutnya untuk menguruskan risiko-risiko ini. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mengenalpasti, memantau dan mengurus pendedahan risiko Kumpulan. Risiko pasaran (i) Risiko matawang asing Kumpulan beroperasi di peringkat antarabangsa dan terdedah kepada risiko pertukaran matawang asing yang timbul daripada pelbagai pendedahan matawang, terpentingnya berkenaan dengan Dolar Amerika (“USD”) dan Dolar Kanada (“CAD”). Risiko pertukaran matawang asing timbul daripada urusniaga perdagangan masa hadapan, aset dan liabiliti yang diiktiraf dan pelaburan bersih dalam operasi asing. Kumpulan menguruskan pendedahan matawang melalui kontrak hadapan matawang. Pengukuhan/kelemahan USD dan CAD sebanyak 10% berbanding Ringgit Malaysia (“RM”) pada tarikh penyata kedudukan kewangan akan memberi kesan kepada keuntungan selepas cukai Kumpulan kira-kira RM23,138,000 lebih tinggi/rendah (2011: RM40,465,000 lebih tinggi/rendah), terpentingnya disebabkan oleh keuntungan/kerugian tukaran matawang asing berkaitan terjemahan penghutang perdagangan yang disebut dalam matawang asing, aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi untung atau rugi dan kerugian/keuntungan tukaran asing berkaitan terjemahan pinjaman yang disebut dalam matawang asing. Begitu juga, kesan ke atas ekuiti Kumpulan akan menjadi kira-kira RM123,530,000 lebih tinggi/rendah (2011: RM43,636,000 lebih tinggi/rendah) (termasuk kesan rizab tukaran asing sebanyak RM100,392,000 lebih tinggi/rendah (2011: RM3,171,000 lebih tinggi/rendah)) disebabkan oleh pergerakan dalam rizab tukaran asing akibat terjemahan pelaburan bersih dalam anak-anak syarikat asing. Analisis ini mengandaikan bahawa semua pembolehubah lain kekal malar. (ii) Risiko harga komoditi Kumpulan terdedah kepada risiko harga komoditi kerana harga buah tandan segar, kelapa sawit mentah (“CPO”) dan harga gula adalah tertakluk kepada turun naik harga yang disebabkan oleh faktor-faktor tidak menentu seperti cuaca, perubahan permintaan global, pengeluaran global, harga minyak mentah dan pengeluaran global tanaman yang sama dan saling melengkapi. Perolehan Kumpulan oleh itu adalah tertakluk kepada turun naik harga dalam pasaran komoditi. Kumpulan menggunakan kontrak niaga hadapan kelapa sawit dan kontrak niaga hadapan gula untuk mengurangkan sebahagian daripada risiko tersebut. Pada 31 Disember 2012, satu analisis sensitiviti telah dijalankan berdasarkan pendedahan Kumpulan kepada harga komoditi pada tarikh penyelesaian bagi liabiliti LLA Kumpulan dan portfolio derivatif komoditi. Peningkatan 10% dalam indeks harga komoditi tertentu dan peningkatan RM100 dalam harga CPO yang digunakan dalam pengiraan liabiliti LLA, dengan semua pemboleh ubah lain yang dipegang tetap, akan meningkatkan atau mengurangkan keuntungan selepas cukai Kumpulan, mengikut jenis komoditi dan liabiliti kewangan, hingga lebih kurang: 2012 2011 RM’000 RM’000 Minyak sawit (1,483) – Gula 971 (3,849) Liabiliti LLA (37,000) – (37,512) (3,849) Penurunan 10% dalam indeks harga komoditi tertentu dan penurunan RM100 dalam harga CPO yang digunakan dalam pengiraan liabiliti LLA, dengan semua pemboleh ubah lain yang dipegang tetap, akan meningkatkan atau mengurangkan keuntungan selepas cukai Kumpulan, mengikut jenis komoditi dan liabiliti kewangan, hingga lebih kurang: 2012 2011 RM’000 RM’000 Minyak sawit 1,483 – Gula (971) 3,849 Liabiliti LLA 37,000 – 37,512 3,849

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=