FGV Annual Report 2012

123 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n KEPENTINGAN PARA PENGARAH DALAM SAHAM DAN DEBENTUR Menurut Daftar Pegangan Saham Pengarah, para Pengarah yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan serta kepentingan mereka dalam saham Syarikat dan syarikat- syarikat berkaitan adalah seperti berikut: Pegangan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad Bilangan saham biasa sebanyak RM1.00 setiap satu Diberi/ Pada 1.1.12 diperolehi Dilupuskan Pada 31.12.12 Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’Hj Abdul Samad – 180,000 – 180,000 Dato’Sabri Ahmad – 180,000 – 180,000 Datuk Dr. Omar Salim – 150,000 – 150,000 Dr. Mohd Emir Mavani Abdullah – 150,000 – 150,000 Dato’ Yahaya Abd Jabar – 150,000 – 150,000 Tan Sri Dato’Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah – 150,000 – 150,000 Pegangan saham dalam MSM Malaysia Holdings Berhad Bilangan saham biasa sebanyak RM0.50 setiap satu Diberi/ Pada 1.1.12 diperolehi Dilupuskan Pada 31.12.12 Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’Hj Abdul Samad 20,000 – – 20,000 Dato’Sabri Ahmad 20,000 – – 20,000 Datuk Dr. Omar Salim 20,000 – – 20,000 Tan Sri Dato’Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah 20,000 – – 20,000 Selain daripada yang didedahkan di atas, menurut Daftar Pegangan Saham Pengarah, para Pengarah yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan tidak memiliki sebarang kepentingan dalam saham dan opsyen saham Syarikat, atau saham, opsyen saham dan debentur syarikat-syarikat berkaitan semasa tahun kewangan. MAKLUMAT BERKANUN DALAM PENYATA KEWANGAN Sebelum penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan bagi Kumpulan dan Syarikat dibuat, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk: (a) memastikan bahawa langkah sewajarnya telah diambil berkaitan hapus kira hutang lapuk dan pembuatan peruntukan bagi hutang ragu dan seterusnya berpuas hati bahawa semua hutang lapuk yang dikenalpasti telah dihapus kira dan peruntukan yang mencukupi telah dibuat untuk hutang ragu; dan (b) memastikan bahawa sebarang aset semasa, selain daripada hutang, yang tidak mungkin direalisasi dalam perjalanan lazim perniagaan dengan nilainya seperti yang dibentangkan dalam rekod perakaunan Kumpulan dan Syarikat telah diturun nilai kepada satu jumlah yang mungkin boleh direalisasikan. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang keadaan yang: (a) boleh menjadikan jumlah yang telah dihapus kira bagi hutang lapuk atau jumlah peruntukan hutang ragu dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat tidak mencukupi sehingga satu tahap yang penting; atau (b) boleh menjadikan nilai-nilai daripada aset-aset semasa dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan; atau (c) telah timbul yang menyebabkan pematuhan kepada kaedah penilaian aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat yang sedia ada mengelirukan atau tidak wajar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=