FGV Annual Report 2012
124 Felda Global Ventures Holdings Berhad MAKLUMAT BERKANUN DALAM PENYATA KEWANGAN (sambungan) Tiada luar jangka atau liabiliti telah berkuatkuasa atau mungkin berkuatkuasa dalam tempoh dua belas bulan selepas berakhirnya tahun kewangan yang mana pada pendapat para Pengarah, akan atau boleh menjejaskan kebolehan Kumpulan atau Syarikat dalam memenuhi tanggungan mereka apabila tiba masanya. Pada tarikh laporan ini, tidak wujud: (a) sebarang caj ke atas aset Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak berakhirnya tahun kewangan yang menjamin liabiliti mana-mana individu; atau (b) sebarang liabiliti luar jangka bagi Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak berakhirnya tahun kewangan. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang keadaan yang tidak dibincangkan dalam laporan ini atau penyata kewangan yang boleh menyebabkan mana-mana jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan mengelirukan. Pada pendapat para Pengarah: (a) keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat semasa tahun kewangan tidak rosot nilai dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan luar biasa, selain daripada yang didedahkan dalam Nota 52 penyata kewangan; dan (b) tidak timbul dalam selang masa di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan luar biasa yang berkemungkinan menjejaskan keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat dengan ketara bagi tahun kewangan di mana laporan ini dibuat, selain daripada yang didedahkan dalam Nota 53 penyata kewangan. JURUAUDIT Juruaudit, PricewaterhouseCoopers, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk meneruskan khidmat. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah sejajar dengan resolusi bertarikh 24 April 2013. TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’ HJ ABDUL SAMAD DATO’ SABRI AHMAD Pengerusi Pengarah Kuala Lumpur Laporan Para Pengarah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=