FGV Annual Report 2012
122 Felda Global Ventures Holdings Berhad PERUBAHAN DALAM MODAL SAHAM TERBITAN DAN BERBAYAR Pada 17 Mei 2012, modal saham terbitan dan berbayar Syarikat meningkat daripada RM1,767,612,000 kepada RM2,668,151,500 terdiri daripada 2,668,151,500 saham biasa bernilai RM1 setiap satu denganmenukar 329,949,500 RCPS dan 570,590,000 RCCPS pada nilai nominal RM0.01 setiap satu dan nilai premiumRM0.99 sesaham kepada 900,539,500 saham biasa baru bernilai RM1.00 setiap satu. Pada 21 Mei 2012, Syarikat telah menerbitkan satu saham khas pada nilai RM1.00 kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan), menyebabkan peningkatan dalam modal saham terbitan dan berbayar Syarikat daripada RM2,668,151,500 kepada RM2,668,151,501. Pada 26 Jun 2012, sejajar dengan penyenaraian, Syarikat telah meningkatkan modal terbitan dan berbayar daripada RM2,668,151,501 kepada RM3,648,151,501 menerusi terbitan awam sebanyak 980,000,000 saham biasa baru berjumlah RM1 setiap satu. PARA PENGARAH Para Pengarah yang telah memegang jawatan sejak tarikh laporan terakhir adalah seperti berikut: Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’Hj Abdul Samad Dato’Sabri Ahmad Datuk Dr. Omar Salim Dr. Mohd Emir Mavani Abdullah Datuk Shahril Ridza Ridzuan Dato’Yahaya Abd Jabar Dato’Paduka Ismee Ismail (Dilantik pada 25 Julai 2012) Datuk Wira Jalilah Baba (Dilantik pada 25 Julai 2012) Tan Sri Dato’Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Dilantik pada 12 Ogos 2012) Dato’Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah (Dilantik pada 29 November 2012) Datuk Nozirah Bahari (Dilantik pada 16 Januari 2013) (Pengarah Gantian kepada Dato’Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah) Dato’Abdul Rahman Ahmad (Meletak jawatan pada 28 Februari 2013) MANFAAT PARA PENGARAH Semasa dan pada akhir tahun kewangan, tidak wujud sebarang urus janji yangmelibatkan Syarikat, iaitu urus janji denganmatlamat ataumatlamat-matlamat untuk membolehkan Para Pengarah Syarikat memperoleh manfaat menerusi pemerolehan saham atau debentur Syarikat atau mana-mana badan korporat lain. Sejak berakhirnya tahun kewangan lepas, tiada Pengarah yang telah menerima atau layak menerima manfaat (selain daripada yang dinyatakan dalam Nota 12 penyata kewangan) atas sebab kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau sesebuah syarikat berkaitan dengan Pengarah atau dengan sesebuah firma di mana Pengarah tersebut menjadi ahli, atau dengan sesebuah syarikat di mana Pengarah tersebut memiliki kepentingan kewangan yang besar. Laporan Para Pengarah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=