FGV Annual Report 2012

121 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n Para Pengarah dengan sukacita membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli, bersama penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. KEGIATAN UTAMA Syarikat secara asasnya adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan pelaburan pentingnya dalam perladangan kelapa sawit dan kegiatan-kegiatan hiliran yang berkaitan, penapisan gula, pembuatan, logistik dan lain-lain. Kegiatan penting anak-anak-anak syarikat dinyatakan dalam Nota 21 penyata kewangan. Tiada sebarang perubahan yang penting dalam kegiatan-kegiatan Kumpulan dan Syarikat ini semasa tahun kewangan selain daripada perolehan estet perladangan seperti yang dinyatakan dalam Nota 21(c) penyata kewangan. KEPUTUSAN KEWANGAN Kumpulan Syarikat RM’000 RM’000 Keuntungan boleh diagihkan kepada pemilik Syarikat 805,953 435,981 Kepentingan pihak tidak mengawal 99,105 – Keuntungan bagi tahun kewangan 905,058 435,981 DIVIDEN Dividen ke atas saham biasa berbayar atau diisytihar oleh Syarikat sejak 31 Disember 2011 adalah seperti berikut: RM’000 Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012: – Dividen interim satu peringkat sebanyak 5.5 sen sesaham, dibayar pada 22 Oktober 2012 200,648 Lembaga Pengarah mencadangkan pembayaran dividen akhir satu peringkat sebanyak 8.5 sen sesaham berjumlah RM310.0 juta yang tidak dikenakan cukai dalam tangan pemegang saham sejajar dengan perenggan 12B Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang. RIZAB DAN PERUNTUKAN Semua pemindahan yang penting kepada atau daripada rizab dan peruntukan semasa tahun kewangan telah dinyatakan dalam penyata kewangan. PENINGKATAN MODAL SAHAM DIBENARKAN Pada 1 Januari 2012, modal saham dibenarkan Syarikat adalah RM2,012,500,000 terdiri daripada 2,000,000,000 saham biasa bernilai RM1 setiap satu dan 1,250,000,000 Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Tanpa Undian (“RCPS”) dan Saham Keutamaan Boleh Tukar Terkumpul Boleh Tebus Tanpa Undian (“RCCPS”) bernilai RM0.01 setiap satu. Pada 16 Mei 2012, modal saham dibenarkan Syarikat telah meningkat daripada RM2,012,500,000 kepada RM4,000,000,001 terdiri daripada 4,000,000,000 saham biasa bernilai RM1 setiap satu dan 1 saham khas bernilai RM1 sesaham. Laporan Para Pengarah

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=