FGV Annual Report 2012

120 Felda Global Ventures Holdings Berhad Para Pengarah dikehendaki oleh Akta Syarikat, 1965 (AS 1965) untuk menyediakan penyata kewangan bagi setiap tahun selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (FRS) yang memberi gambaran benar dan saksama mengenai keadaan hal ehwal Kumpulan dan Syarikat pada akhir tahun kewangan serta keputusan, dan aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan yang baru berakhir. Dalam menyediakan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, para Pengarah telah: • menerimapakai polisi-polisi perakaunan yang sesuai dan menggunakannya secara konsisten; • membuat pertimbangan dan anggaran yang berpatutan dan berhemat; • memastikan bahawa semua piawaian perakaunan berkaitan yang diluluskan telah diikuti; dan • memastikan bahawa penyata kewangan telah disediakan atas asas usaha berterusan. Para Pengarah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa Kumpulan dan Syarikat menyimpan rekod perakaunan yang mendedahkan ketepatan yang munasabah mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat yang membolehkan mereka memastikan bahawa penyata kewangan mematuhi Akta Syarikat 1965 dan FRS. Para Pengarah juga mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk mengambil langkah-langkah munasabah yang tersedia kepada mereka untuk melindungi aset Kumpulan dan Syarikat serta untuk mencegah dan mengesan penipuan atau penyelewengan. Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=