FGV Annual Report 2012

8 Felda Global Ventures Holdings Berhad Penyata Pengerusi Walaupun kebanyakannya terhasil berikutan kejatuhan harga minyak sawit mentah, keuntungan bersih yang mana adalah 35.4 peratus lebih rendah pada tahun 2012 juga berpunca daripada kos operasi yang lebih tinggi dan liabiliti perjanjian pajakan tanah kumpulan (LLA) sebanyak RM210.18 juta. Sumbangan daripada syarikat-syarikat bersekutu utama FGV – Tradewinds Malaysia Berhad dan Felda Holdings Bhd (FHB) – juga masing-masing menurun sebanyak 54 peratus dan 32 peratus.Tambahan lagi, pada tahun 2012 FGV telah menanggung satu caj yang berkaitan dengan perbelanjaan IPO sebanyak RM61.1 juta. Daripada segmen perniagaan yang berbeza, sektor perladangan huluan FGV telah menyumbang 53.3 peratus daripada jumlah pendapatan. Segmen ini melaporkan peningkatan yang besar sebanyak 77.7 peratus dalam perolehan, dirangsang oleh jualan MSM sebanyak RM7.1 bilion walaupun harga purata MSM lebih rendah pada tahun 2012, pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) yang lebih rendah dan kos jualan yang lebih tinggi. Pengeluaran BTS menurun sebanyak 251,074 tan metrik kepada 4.91 juta tan metrik; bagaimanapun, dengan memanfaatkan kecekapan operasi yang semakin meningkat di bahagian ini, termasuk akses kepada BTS dari 500,000 hektar estet peneroka. Kumpulan berjaya mengekalkan pengeluaran MSM pada tahun 2012 iaitu pada 3.29 juta tan metrik, setanding pengeluaran pada 2011. Segmen hiliran yang mencapai pemulihan telah mencatat RM20.5 juta dalam keuntungan sebelum cukai. Perniagaan oleo-kimia FGV di Amerika Syarikat juga telah memperbaiki kedudukan kewangannya berikutan permintaan asid lemak dan gliserin yang kukuh daripada pelanggan utamanya. Sementara itu, segmen Gula mencatatkan penurunan margin sebanyak 34 peratus dalam keuntungan sebelum cukai disebabkan oleh peningkatan dalam kos gula mentah walaupun pendapatan sebanyak RM2.3 bilion yang dicatatkan adalah sama dengan pencapaian pada 2011. JANJI DITEPATI Pada tahun 2012, FGV mengakhiri tahun kewangan sebagai sebuah entiti tersenarai dengan prestasi kewangan yang kukuh. Kunci kira-kira kami kekal kukuh dengan jumlah aset sebanyak RM16.5 bilion dan dana pemegang saham sebanyak RM6.1 bilion pada 31 Disember 2012. Pendapatan sesaham adalah sebanyak 28.5 sen manakala aset bersih sesaham adalah RM1.67. Oleh itu, lembaga pengarah telah mencadangkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen bagi 3,648,151,500 saham biasa di bawah sistem satu peringkat berjumlah RM310.0 juta. Digabungkan dengan dividen interim terdahulu sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober 2012, jumlah dividen bagi tahun ini adalah 14.0 sen sesaham, mewakili 64 peratus daripada keuntungan bersih. Ini adalah selaras dengan janji kami yang dibuat dalam prospektus IPO untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keuntunganbersihsebagaidividenkepadapemegangsahamsetiap tahun. Ia adalah bukti niat baik kami terhadap anda, dan kami akan melipatgandakan segala usaha untuk mendokong komitmen dasar dividen ini pada tahun-tahun akan datang. Pembayaran dividen tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 180,000 pemegang saham termasuk majoriti 112,635 peneroka yang merupakan pemegang saham FGV. Di samping itu, menerusi Tabung Amanah Peneroka, semua peneroka di seluruh negara akan berkongsi pembayaran dividen akhir bagi 20 peratus saham yang dipegang oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM62.02 juta. Ini adalah tambahan kepada RM40.13 juta yang telah diagihkan kepada mereka daripada dividen interim yang dibayar pada bulan Oktober 2012, menjadikan jumlah hasil untuk peneroka dari Tabung Amanah Peneroka sebanyak RM102.15 juta bagi tahun kewangan 2012. MASA HADAPAN YANG CERAH Melangkah ke hadapan, kebimbangan terhadap lebihan stok MSM terus melanda industri. Walau bagaimanapun, peningkatan permintaan pada bulan-bulan akan datang berikutan harga semasa yang rendah dan penubuhan Biodiesel Malaysia Sdn Bhd iaitu sebuah konsortium untuk melaksanakan inisiatif biodiesel oleh kerajaan baru-baru ini, akan membantu meningkatkan harga MSM. Memandangkan perladangan adalah satu usaha jangka panjang, prospek kekal menggalakkan. Program Transformasi Ekonomi Malaysia (ETP) telah mengenal pasti minyak sawit sebagai satu komponen utama dalam ekonomi Malaysia bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Tumpuan adalah dalam memastikan produktiviti dan kemampanan industri menerusi peningkatan produktiviti penanaman kelapa sawit dan penggunaan biomas. Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri kepada pendapatan negara kasar (GNI) daripada RM125 bilion kepada RM178 bilion menjelang 2020. FGV dengan ini kekal optimistik dengan prospeknya pada 2013. Hasil dijangka menunjukkan peningkatan sepanjang 2013 berbanding 2012 dengan berakhirnya tekanan ke atas pokok akibat cuaca. Kami telah melaksanakan dan akan meneruskan dengan pelbagai inisiatif peningkatan kecekapan bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos. Satu lagi faktor utama adalah komitmen teguh FGV terhadap pengembangan hiliran dengan matlamat mempelbagaikan dan mewujudkan aliran pendapatan tambahan masa hadapan di seluruh rantaian nilai. Ini adalah bagi memenuhi wawasan jangka panjang FGV untuk menjadi pemain global yang dapat mengawal keseluruhan rantaian bekalan minyak sawit.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=