FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 7 kecil FELDA dalam bentuk pembayaran tunai sebanyak RM15,000. Keuntungan yang terhasil menyuntik kesan berganda kepada ekonomi tempatan, memberi manfaat kepada pendapatan negara dan menyokong pembangunan luar bandar seperti di Jengka, Temerloh, Jempol dan Bahau. Kawasan-kawasan luar bandar ini berkembang sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda selaku benefisiari utama pengagihan keuntungan daripada IPO tersebut. Dengan kelebihan kewangan, struktur dan operasi yang diperoleh daripada penyenaraian ini, FGV kini sedia untuk melangkah lebih jauh dan menjadi antara sepuluh konglomerat perniagaan tani paling terkemuka menjelang 2020. TAHUN DENGAN PELBAGAI PERISTIWA MENARIK Pada 2012, landskap ekonomi antarabangsa menjadi lebih mencabar ekoran pertumbuhan global yang semakin sederhana. Keadaan ekonomi yang lemah di beberapa negara ekonomi utama telah menjejaskan perdagangan antarabangsa. Ini seterusnya memberi kesan buruk terhadap aktiviti domestik dalam ekonomi yang baru muncul. Secara khususnya, ekonomi global tergugat oleh krisis hutang zon Euro dan ketidakpastian prospek ekonomi Amerika Syarikat dan China. Latar belakang global yang suram mengekang permintaan antarabangsa dan memperlahankan permintaan Minyak Sawit Mentah (MSM) dari China. Berserta bekalan yang semakin meningkat dari Indonesia yang berkembang secara agresif lalu menambahkan dengan inventori minyak sawit ke tahap luar biasa, tahun 2012 mencatatkan harga jualan MSM yang lebih rendah daripada jangkaan. Di peringkat global, harga purata MSM menurun kepada julat antara RM2,800 dan RM2,900 satu tanmetrik berbanding purata tahun sebelumnya sebanyak RM3,219 satu tan metrik.HargaMSMFGVberkurangansejajardenganperkembangan ini, iaitu lebih rendah pada RM2,843 satu tan metrik pada tahun lepas berbanding RM3,218 satu tan pada tahun 2011. Di peringkat syarikat, perkembangan paling penting pada tahun 2012 berlaku dalam perniagaan perladangan kami. FGV memeterai beberapa perjanjian dengan FELDA pada suku pertama 2012 - berkaitan dengan 355,864 hektar tanah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perjanjian-perjanjian tersebut merubah model perniagaan FGV dengan kawalan sepenuhnya ke atas operasi estet- estet FELDA dan menjadikan FGV pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia. PRESTASI BERWIBAWA Di sebalik persekitaran ekonomi global, FGV kekal berdaya tahan dan terus mencapai jangkaan prestasi. Prestasi saham selepas penyenaraian adalah menggalakkan, di sebalik pelbagai cabaran yang menyelubungi industri minyak sawit pada tahun 2012. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, FGV mencatat keuntungan sebanyak RM905.1 juta selepas menolak liabiliti Perjanjian Tanah Pajakan, cukai dan zakat. Kami juga mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM1.44 bilion. Keuntungan Sebelum LLA dan cukai adalah sebanyak RM1.13 bilion, yang dicapai berikutan peningkatan perolehan sebanyak 73 peratus kepada RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada tahun 2011.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=