FGV Annual Report 2012
6 Felda Global Ventures Holdings Berhad SATU PENCAPAIAN BARU IPO tersebut mendapat sambutan hangat dengan tawaran bahagian awam sebanyak 72.96 juta saham terlebih langganan sebanyak 6.75 kali. Ini tercapai walaupun ia dilancarkan pada ketika persekitaran ekonomi global dilanda masalah berikutan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat, krisis kewangan Eropah dan pertumbuhan yang perlahan di China. Walau bagaimanapun, pasaran bertindak balas positif terhadap peluang untuk melabur dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan yang kalis-kemelesetan, diterajui oleh kelayakan yang kukuh dan beroperasi dalam iklim ekonomi ASEAN yang teguh. Ia adalah satu proses penyenaraian yang telah meletakkan FGV di peta dunia, berikutan statusnya sebagai Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia pada masa penyenaraian. Ia juga merupakan IPO terbesar di Asia pada tahun 2012, penawaran awam terbesar di Malaysia sejak November 2010 dan IPO ketiga terbesar dalam sejarah bursa saham Malaysia. Di samping itu, sambutan luar biasa oleh kedua-dua pelabur tempatan dan antarabangsamengatasi jangkaan pasaran dan telahmenarik perhatian dunia kepada syarikat, pasaran modal dan negara kita. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa selepas penyenaraian, syarikat kami muncul sebagai antara 25 syarikat teratas di Bursa Malaysia dan antara sepuluh syarikat perladangan utama yang disenaraikan di rantau ini. Penyata Pengerusi Penyenaraian tersebut telah menjana RM10.45 bilion, sekaligus memberikan Malaysia pengiktirafan antarabangsa dan pujian bagi pasaran modalnya yang berdaya maju dan berdaya tahan. Berserta IPO Malaysia yang seterusnya, penyenaraian FGV telah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran kedua terbesar tahun ini untuk IPO di Asia. Ia juga muncul sebagai yang keempat terbesar di dunia, mengatasi London dan Hong Kong lantas menjadikan Malaysia sebagai destinasi pasaran modal yang menarik. Selain daripada menjara modal untuk pertumbuhan dan pengembangan FGV, kejayaan IPO tersebut juga telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak lain. Pemegang saham penjual, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menerima RM6 bilion daripada hasil kutipan tersebut. Daripada jumlah ini, RM1.7 bilion disalurkan terus kepada 112,365 peneroka-pekebun
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=