FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 9 keazaman untuk mencapai keputusan yang baik pada tahun yang agak mencabar untuk peserta industri minyak sawit. Oleh itu, saya bagi pihak Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan dan kakitangan atas dedikasi dan sumbangan mereka yang tidak ternilai. Saya yakin bahawa dengan tadbir urus strategik disokong dengan kesungguhan dan komitmen, FGV boleh mengungguli pertanian komoditi dunia. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham, pelanggan, kontraktor, rakan perniagaan dan semua pemegang kepentingan atas keyakinan, sokongan dan dedikasi berterusan anda kepada Syarikat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam Lembaga SEMANGAT YANG DIKONGSI Melewati tahun 2012, FGV telah mengguna pakai RangkaTindakan Strategik Global yang menggariskan hala tuju peningkatan kami sehingga 2020. Kini segalanya bergantung kepada semangat dan kesungguhan warga kerja kami untuk merealisasikan wawasan dan mewujudkan pertumbuhan mampan bagi syarikat kami. Saya yakin bahawa kami memiliki ramai bakat yang berkaliber tinggi dan individu yang berorientasikan hasil. Kakitangan kami telah bekerjasama untuk mengatasi pelbagai kesukaran dalam proses penyenaraian FGV yang amat mencabar. Mereka juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sepenuh tumpuan, wawasan dan Kami berada dalam kedudukan yang amat baik untuk meneruskan rancangan pertumbuhan kami. Penyenaraian FGV telah menghasilkan dana simpanan sebanyak RM4.5 bilion. Kami mempunyai modal yang diperlukan untuk meneruskan pelaburan di kawasan geografi yang baharu bagi mengukuhkan perniagaan perladangan teras kami serta bagi menceburi perniagaan baharu untuk memajukan lagi kedudukan kami sebagai pengeluar minyak dan lelemak serta produk barangan pengguna. Terdapat peluang untuk membangunkan produk-produk bernilai tinggi yang akan terus menyerlahkan nilai minyak sawit. Dalam hal ini, sejarah panjang FGV dan bukti kepakarannya dalam Penyelidikan & Pembangunan memberinya kedudukan yang baik untuk memanfaatkan inovasi dan mewujudkan peluang-peluang baharu daripada barisan perniagaannya. Pengarah atas bimbingan mereka dan saya mengharapkan satu lagi tahun yang bermakna pada 2013. Terima kasih. YB TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’HAJI ABDUL SAMAD Pengerusi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=