FGV Annual Report 2012

140 Felda Global Ventures Holdings Berhad Report on the Audit Committee Laporan Jawatankuasa Audit 4.6 Relationship with Listed Subsidiary’s Audit Committee (i) The FGV Audit Committee delegates fully the functions under its terms of reference, in respect of its subsidiary which is listed on Bursa Malaysia (the Listed Subsidiary) and the companies directly held by the Listed Subsidiary, to the Audit Committees of the Listed Subsidiary. (ii) Where practicable, consistency should be maintained in the conduct of all the Audit Committees and in the adoption of accounting policies and corporate governance processes. (iii) The FGV Audit Committee reserves its right to be apprised of any significant issues reported to the Listed Subsidiary’s Audit Committees and any other matters it deems appropriate as and when the FGV Audit Committee deems fit. 5.0 Meetings 5.1 The Company Secretary or failing her/him, the Head of Internal Audit shall be the Secretary of the Audit Committee, and shall have the following key responsibilities: (i) Ensure meetings are arranged and held accordingly. (ii) Assist the Chairman in planning the Audit Committee’s activities. (iii) Draw up meeting agendas in consultation with the Audit Committee Chairman, maintain the minutes, and draft its scheduled activities for the financial year. Where necessary, the agenda should include input from the Group President, Chief Financial Officer, Head of Group Internal Audit and/or external auditors. (iv) Ensure structured communication between the Board and the Audit Committee. (v) Ensure proceedings of meetings are recorded and the minutes circulated to and confirmed by the Audit Committee Chairman before disseminating them to the Board; and (vi) Ensure Audit Committee recommendations presented to the Board are supported by papers, including Report of the Audit Committee or minutes that explains the rationale for the Audit Committee’s recommendations. 4.6 Hubungan dengan Jawatankuasa Audit Anak-Anak Syarikat Tersenarai (i) Jawatankuasa Audit FGV menyerahkan sepenuhnya fungsi di bawah bidang tugasnya, berkenaan anak-anak syarikatnya yang disenaraikan di Bursa Malaysia (Anak Syarikat Tersenarai) dan syarikat-syarikat dipegang secara langsung oleh Anak Syarikat Tersenarai, kepada Jawatankuasa Audit Anak Syarikat Tersenarai. (ii) Di mana praktikal, keselarasan perlu dikekalkan dalam pelaksanaan tanggungjawab semua Jawatankuasa Audit dan dalam penggunaan dasar-dasar perakaunan dan proses-proses tadbir urus korporat. (iii) Jawatankuasa Audit FGV berhak untuk dimaklumkan mengenai sebarang isu penting yang dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit Anak Syarikat Tersenarai dan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai bila dan jika dianggap munasabah oleh Jawatankuasa Audit FGV. 5.0 Mesyuarat 5.1 Setiausaha Syarikat atau jika beliau gagal, Ketua Audit Dalaman hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Audit, dan memikul tanggungjawab utama seperti berikut: (i) Memastikan mesyuarat diatur dan diadakan dengan sewajarnya. (ii) Membantu Pengerusi dalam merancang aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit. (iii) Merangka agenda mesyuarat menerusi rundingan dengan Pengerusi Jawatankuasa Audit, menyimpan minit, dan merangka aktiviti yang dijadualkan bagi tahun kewangan. Di mana perlu, agenda harus merangkumi input daripada Presiden Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Audit Dalaman Kumpulan dan/ atau juruaudit luar. (iv) Memastikan komunikasi berstruktur antara Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit. (v) Memastikan prosiding mesyuarat direkodkan dan minit diedarkan kepada dan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit sebelum diedarkan kepada Lembaga Pengarah; dan (vi) Memastikan cadangan Jawatankuasa Audit yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah disokong oleh kertas, termasuk Laporan Jawatankuasa Audit atau minit yang menjelaskan rasional cadangan Jawatankuasa Audit.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=