FGV Annual Report 2012
136 Felda Global Ventures Holdings Berhad Report on the Audit Committee Laporan Jawatankuasa Audit (iii) At least one member of the Audit Committee: (a) must be a member of the Malaysian Institute of Accountants; or (b) if he is not a member of the Malaysian Institute of Accountants, he must have at least 3 years’relevant working experience and: • he must have passed the examinations specified in Part I of the 1st Schedule of the Accountants Act 1967; or • he must be a member of one of the associations of accountants specified in Part II of the 1st Schedule of the Accountants Act 1967; or (c) fulfills such other requirements as prescribed by the Bursa Malaysia. (iv) All members of the Audit Committee shall be financially literate. (v) In the event a member of the Audit Committee resigns, decease or for any other reason ceases to be a member with the result that the number of members is reduced to below three (3), the Board shall within three (3) months of that event appoint such number of new members as may be necessary to make up the number of three (3) members. (vi) The members of the Audit Committee shall elect a Chairman from among themselves, who shall be an Independent Director. 3. Authority The Audit Committee shall have the following authorities relating to FGV Group (the Group) as empowered by the Board: (i) To investigate any activity or matter within its terms of reference; (ii) To acquire the resources which are required to perform its duties; (iii) To have full and unrestricted access to anyone in the Company in order to conduct any investigation and to obtain any information pertaining to the Group; (iv) To maintain direct communication channels with the external auditors and the head of the internal audit function; (v) To obtain independent professional or other advice; (vi) Convene meetings with the external auditors, internal auditors or both, without the presence of other directors and employees of the Group, whenever deemed necessary; and (vii) To meet exclusively among itself, whenever deemed necessary. The Audit Committee may empower one or more of its members to meet or communicate with the external auditors and/or internal auditors independently. (iii) Sekurang-kurangnya seorang ahli Jawatankuasa Audit: (a) mestilah seorang ahli Institut Akauntan Malaysia; atau (b) jika beliau bukan ahli Institut Akauntan Malaysia, beliau mestilah mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan dan: • beliau mestilah lulus peperiksaan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 1 Akta Akauntan 1967; atau • beliau mestilah merupakan ahli salah satu persatuan akauntan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 1 Akta Akauntan 1967; atau (c) memenuhi keperluan lain yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. (iv) Semua ahli Jawatankuasa Audit mestilah berpengetahuan dalam bidang kewangan. (v) Sekiranya seorang ahli Jawatankuasa Audit meletak jawatan, meninggal dunia atau atas sebarang sebab lain tidak lagi menjadi ahli dan menyebabkan bilangan ahli menjadi kurang daripada tiga (3) orang, Lembaga Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada peristiwa tersebut, melantik bilangan ahli baru yang perlu untuk melengkapkan bilangan tiga (3) orang ahli. (vi) Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik seorang Pengerusi dari kalangan mereka sendiri, yang merupakan seorang Pengarah Bebas. 3. Kuasa Jawatankuasa Audit hendaklah mempunyai kuasa berikut yang berhubung dengan Kumpulan FGV (Kumpulan) seperti yang diberikan oleh Lembaga Pengarah: (i) Untuk menyiasat sebarang aktiviti yang terangkum dalam terma-terma rujukannya; (ii) Untuk memperoleh sumber-sumber yang diperlukan bagi menjalankan tugasnya; (iii) Untuk memiliki akses penuh tanpa had kepada sesiapa sahaja di dalam Syarikat untuk menjalankan apa-apa penyiasatan dan untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Kumpulan; (iv) Untuk mengekalkan saluran komunikasi langsung dengan juruaudit luar dan ketua fungsi audit dalaman; (v) Untuk mendapatkan nasihat profesional bebas atau pihak lain; (vi) Mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, juruaudit dalaman atau kedua-duanya, tanpa kehadiran pengarah lain dan kakitangan Kumpulan, apabila dianggap perlu; dan (vii) Untuk bermesyuarat secara eksklusif di kalangan mereka, apabila dianggap perlu. Jawatankuasa Audit boleh memberi kuasa kepada satu atau lebih daripada ahli-ahlinya untuk bertemu atau berkomunikasi dengan juruaudit luar dan/ atau juruaudit dalaman secara bebas.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=