FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 117 The Board Directors of FGV may also appoint any other persons with relevant qualifications and experience as the Board thinks appropriate to be a member(s) of the Committee. The Investment Committee is comprised of the following members: 1. Datuk Dr Omar Salim Chairman of Investment Committee (Non-Independent Non-Executive Director) 2. Datuk Wira Jalilah Baba Member (Independent Non-Executive Director) 3. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Independent Member 4. Dato’Zakaria Nordin Independent Member 5. Datuk Lim Thean Shiang Independent Member (Appointed on 1 March 2013) 6. Dr Mohd Emir Mavani Abdullah Non-Independent Non-Executive Director in 2012, redesignated as Non-Independent Executive Director on 1st January 2013. (Resigned as a member of the Investment Committee with effect from 1st January 2013) The Independent Members of the Investment Committee are bound by confidentiality obligations and contractual obligations under the Confidentiality and Responsibility Statement signed with FGV. The scope and functions of the Investment Committee are as set out below. (i) To evaluate proposals on new investments and disposals of significant value to ensure consistency with the Global Strategy Blueprint and returns in excess of a hurdle rate adjusted for risk and performance premium; (ii) To recommend investments of a prescribed amount as determined by the Board from time to time under the Delegated Authority Limit Policy and Procedures; (iii) To review financial investment portfolios of the Company. This includes and is not limited to existing and new merger and acquisitions, new partnerships, divestments and large capital expenditure projects which are not within the ordinary course of business; (iv) To oversee current and future capital and financial resource requirements; (v) To monitor the fund raising activities of FGV Group; and (vi) To conduct the annual performance evaluation of FGV Group’s investment activities. The full details of the Investment Committee’s Terms of Reference are published in FGV’s website. Lembaga Pengarah FGV juga boleh melantik mana-mana individu lain yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah untuk menjadi ahli Jawatankuasa ini. Jawatankuasa Pelaburan adalah terdiri daripada ahli-ahli berikut: 1. Datuk Dr Omar Salim Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas) 2. DatukWira Jalilah Baba Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 3. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Ahli Bebas 4. Dato’Zakaria Nordin Ahli Bebas 5. Datuk Lim Thean Shiang Ahli Bebas (Dilantik pada 1 Mac 2013) 6. Dr Mohd Emir Mavani Abdullah Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada tahun 2012, dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Januari 2013. (Meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan berkuatkuasa 1 Januari 2013) Ahli Bebas Jawatankuasa Pelaburan adalah terikat dengan obligasi kerahsiaan dan obligasi kontrak di bawah Penyata Kerahsiaan dan Tanggungjawab dengan FGV. Skop dan fungsi Jawatankuasa Pelaburan adalah seperti yang dinyatakan di bawah. (i) Untuk menilai cadangan pelaburan baru dan pelupusan bernilai besar untuk memastikan keselarasan dengan Rangka Tindakan Strategi Global dan pulangan yang melebihi kadar rintangan yang diselaraskan untuk risiko dan premium prestasi; (ii) Untuk mencadangkan pelaburan dengan jumlah yang yelah ditetapkan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa di bawah Dasar dan Prosedur Had Kuasa yang Ditetapkan; (iii) Untuk mengkaji semula portfolio pelaburan kewangan Syarikat. Ini termasuk dan tidak terhad kepada penggabungan dan pengambilalihan sedia ada dan baru, kongsi niaga baru, pelupusan dan projek perbelanjaan bermodal besar yang bukan terangkum dalam perjalanan lazim perniagaan; (iv) Untuk mengawasi modal semasa dan modal masa hadapan serta keperluan sumber kewangan; (v) Untuk memantau aktiviti-aktiviti pengumpulan dana Kumpulan FGV; dan (vi) Untuk menjalankan penilaian prestasi tahunan ke atas aktiviti pelaburan Kumpulan FGV. Butiran penuh Terma-terma Rujukan Jawatankuasa Pelaburan boleh didapati di laman web FGV.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=