FGV Annual Report 2012
116 Felda Global Ventures Holdings Berhad (vi) To review and make recommendations to the Board annually on the individual remuneration levels and arrangements for Senior Executives and other executives who are direct reports of the Group President/CEO and any other person the Board determines having regard to the Remuneration Policies; including: (a) Fixed remuneration levels; (b) Short and long term remuneration targets and outcomes; (c) Any termination payments to be made; (d) Retention and sign-on rewards; (e) All incentive awards to be made to each individual; and (f) Any other forms of remuneration. (vii) To approve the specific individual contractual arrangements for Group Executives and other executives who are direct reports of the Group President/CEO. (viii) To review and recommend to the Board the size of variable reward pools as part of the Group’s annual plan based on consideration of pre-determined business performance indicators and the financial soundness of FGV. (ix) To review and note annually the remuneration trends across the FGV Group and FHB Group. (x) To be aware of and advise the Board on any major changes in employee benefit structures throughout the FGV Group and FHB Group. The full details of the Remuneration Committee’s Terms of Reference are published in FGV’s website. Investment Committee The Investment Committee was established on 5 August 2010 to assist the Board of Directors in performing its duties and discharging its responsibilities in evaluating the Company’s investment proposals. Under its Terms of Reference, the Investment Committee shall consist of five (5) members comprising a Chairman, three (3) independent members and one (1) non-independent member, all of whom shall be duly appointed by the Board. The Chairman must be the representative of the Board of Directors of the Company. Statement on Corporate Governance Penyata Tadbir Urus Korporat (vi) Untuk mengkaji dan membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah pada setiap tahun berhubung tahap ganjaran individu dan perancangan bagi Eksekutif Kanan dan eksekutif lain yang melapor terus kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan mana-mana individu lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dengan mengambilkira Dasar Imbuhan, termasuk: (a) Tahap imbuhan tetap; (b) Sasaran imbuhan jangka pendek dan jangka panjang serta keputusan akhirnya; (c) Sebarang bayaran penamatan perkhidmatan yang akan dibuat; (d) Imbuhan pengekalan perkhidmatan dan penyertaan; (e) Semua pemberian insentif yang akan dibuat kepada setiap individu; dan (f) Sebarang bentuk imbuhan lain. (vii) Untuk meluluskan rancangan kontrak individu yang khusus untuk Eksekutif Kumpulan dan eksekutif lain yang melapor terus kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. (viii) Untuk mengkaji semula dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah saiz kolam imbuhan tidak tetap sebagai sebahagian daripada rancangan tahunan Kumpulan berdasarkan pertimbangan penunjuk prestasi perniagaan yang telah ditetapkan dan kekukuhan kewangan FGV. (ix) Untuk mengkaji semula dan memerhatikan setiap tahun trend imbuhan di seluruh Kumpulan FGV dan Kumpulan FHB. (x) Untuk menyedari dan menasihati Lembaga Pengarah mengenai sebarang perubahan besar dalam struktur manfaat pekerja di seluruh Kumpulan FGV dan Kumpulan FHB. Butiran lengkap Terma-terma Rujukan Jawatankuasa Imbuhan boleh didapati di laman web FGV. Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Pelaburan telah ditubuhkan pada 5 Ogos 2010 untuk membantu Lembaga Pengarah menjalankan tugasnya dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menilai cadangan pelaburan Syarikat. Di bawah Terma-terma Rujukannya, Jawatankuasa Pelaburan hendaklah terdiri daripada lima (5) ahli yang terdiri daripada seorang Pengerusi, tiga (3) orang ahli bebas dan satu (1) ahli bukan bebas, yang mana semuanya hendaklah dilantik oleh Lembaga Pengarah. Pengerusinya adalah wakil Lembaga Pengarah Syarikat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=