FGV Annual Report 2012
112 Felda Global Ventures Holdings Berhad Statement on Corporate Governance Penyata Tadbir Urus Korporat The purpose of the Nomination Committee is to assist the Board in fulfilling its corporate governance responsibilities in regards to: (i) Recommending the policy on board composition having regard to the mix of skills, independence and diversity (including gender diversity) required to meet the needs of the Company. (ii) Reviewing and proposing new nominees to the Board, any Committee of the Board and subsidiaries’Boards. (iii) Recommending the board nomination and election process of directors and criteria used by the Committee in the selection process. (iv) Recommending or approving the extension of contracts of the Group President/Chief Executive Officer (CEO) and the Group’s Senior Executives. (v) Facilitate the annual board effectiveness assessment, through the board, committees and directors’ self-evaluation forms, including determining the criteria to be used for such assessment. (vi) Periodically reporting to the board on succession planning for the CEO. (vii) Directors’ induction programs and continuing development. (viii) Ensuring that the Board fulfills its diversity obligations. (ix) Undertaking an assessment of its independent directors annually. The key responsibilities of the Nomination Committee are as follows: (i) To recommend to the Board, matters regarding the appointment, retirement and re-election of Directors; (ii) To review the Board of Directors’ committee structure and recommend to the Board for its approval, directors to serve as members of each committee, and as committee chairman; (iii) To assess the necessary and desirable core competencies of Directors so that an appropriate balance of skills, experience, expertise and diversity is maintained; (iv) To assess that the Directors have the appropriate mix of competencies to enable the Board to discharge its responsibilities effectively; (v) To recommend or approve, as the case may be, based on the Terms of reference, the extension of contracts of the Group President/ Chief Executive Officer (CEO) and the Group’s Senior Executives, other persons whose activities in the Board’s opinion affect the financial soundness of FGV, and any other person the Board determines. Matlamat Jawatankuasa Pencalonan adalah untuk membantu Lembaga Pengarah dalam memenuhi tanggungjawab tadbir urus korporatnya dalam hal: (i) Mencadangkan dasar berkaitan komposisi Lembaga Pengarah dengan mengambilkira gabungan kemahiran, kebebasan dan kepelbagaian (termasuk kepelbagaian jantina) yang diperlukan bagi memenuhi keperluan Syarikat. (ii) Mengkaji semula dan mencadangkan calon-calon baru kepada Lembaga Pengarah, mana-mana Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikat. (iii) Mencadangkan pencalonan lembaga pengarah dan proses pemilihan pengarah serta kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa dalam proses pemilihan. (iv) Mencadangkan atau meluluskan lanjutan kontrak Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Eksekutif Kanan Kumpulan. (v) Memudahkan penilaian tahunan keberkesanan lembaga pengarah, menerusi borang penilaian kendiri lembaga pengarah, jawatankuasa dan pengarah, termasuk menentukan kriteria yang akan digunakan dalam penilaian tersebut. (vi) Dari semasa ke semasa membuat laporan kepada lembaga pengarah mengenai rancangan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif. (vii) Program induksi dan pembangunan berterusan para Pengarah. (viii) Memastikan bahawa Lembaga Pengarah memenuhi tanggungjawab kepelbagaiannya. (ix) Menjalankan penilaian ke atas pengarah bebas setiap tahun. Tanggungjawab utama Jawatankuasa Pencalonan adalah seperti berikut: (i) Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah, perkara-perkara berkaitan pelantikan, persaraan dan pemilihan semula para Pengarah; (ii) Untuk mengkaji semula struktur jawatankuasa Lembaga Pengarah dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan, pengarah untuk berkhidmat sebagai ahli setiap jawatankuasa, dan sebagai pengerusi jawatankuasa; (iii) Untuk menilai kecekapan teras yang perlu dan wajar bagi setiap Pengarah agar keseimbangan kemahiran, pengalaman, kepakaran dan kepelbagaian dikekalkan; (iv) Untuk menilai bahawa para Pengarah mempunyai gabungan kecekapan yang sesuai bagi membolehkan Lembaga Pengarah melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan; (v) Untuk mencadangkan atau meluluskan, seperti mana yang berkenaan, berdasarkan terma-terma rujukan, lanjutan kontrak Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Eksekutif Kanan Kumpulan, individu-individu lain yang menjalankan aktiviti yang mana pada pendapat Lembaga Pengarah menjejaskan kekukuhan kewangan FGV, dan mana-mana individu lain yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=