FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 99 The current practice is to appoint Board members to sit on subsidiary boards, in particular the cluster boards being the key subsidiaries of FGV, namely Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, Felda Global Ventures Sugar Sdn Bhd and the main associate company, Felda Holdings Bhd, to maintain oversight and ensure the operations of the respective subsidiaries are aligned with the Group’s strategies and objectives. Board Balance and Composition Under the Company’s Articles of Association, the number of Directors shall be not less than two (2) and not more than twelve (12). As at the date of this Statement, there are ten (10) members of the Board (excluding one Alternate Director), comprising five (5) Independent Non-Executive Directors, three (3) Non- Independent Non-Executive Directors and two (2) Non-Independent Executive Directors (one (1) Group President/Chief Executive Officer (CEO) and one (1) CEO Designate), the composition of which is in compliance with paragraph 15.02 of the LR. The composition of the Board fairly reflects the interest of the significant shareholders, without compromising the interest of the minority shareholders. The Independent Non-Executive Directors on the Board act as a caretaker of the minority shareholders and their views carry significant weight in the Board’s decision-making process. The presence of Independent Non-Executive Directors fulfils a pivotal role in corporate accountability. Although all the Directors have equal responsibility at the Board level, the roles of these Independent Non-Executive Directors are particularly important as they provide unbiased and independent views, advice and judgement to take account of the interests, not only of the Group, but also that of minority shareholders, employees, customers, suppliers and the many communities within which the Group conducts its business. The Board places great importance on the balance of its Independent Non-Executive Directors since they serve as an essential source of impartial and professional guidance to protect the interest of the shareholders. The Board regularly reviews the composition of the Board and its Committees to ensure appropriate balance and a good mix of skills and experience. The Board members comprise high calibre individuals with diverse professional backgrounds, skills and extensive experience and knowledge in their respective fields. Together, the Directors with their wide range of competencies, capabilities, technical skills and relevant business experience add value in governing the strategic direction of the Group. The Board encourages female candidates to take up board positions. On 25 July 2012 and 16 January 2013, Datuk Wira Jalilah Baba and Datuk Nozirah Bahari were appointed as Directors respectively. The Board will continue to appoint capable and competent directors as soon as practicable in order to reach at least 30 percent female representation on the Board in the near term. Amalan semasa adalah untuk melantik ahli-ahli Lembaga Pengarah ke dalam lembaga pengarah anak-anak syarikat, khususnya lembaga pengarah kelompok yakni anak-anak syarikat utama FGV, iaitu Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, Felda Global Ventures Gula Sdn Bhd dan syarikat bersekutu utama, Felda Holdings Bhd, untuk mengekalkan pengawasan dan memastikan operasi anak-anak syarikat masing-masing adalah sejajar dengan strategi dan objektif Kumpulan. Keseimbangan dan Komposisi Lembaga Pengarah Di bawah Tata Urusan Pertubuhan Syarikat, bilangan Pengarah hendaklah tidak kurang daripada dua (2) dan tidak lebih daripada dua belas (12). Pada tarikh Penyata ini, terdapat sepuluh (10) ahli Lembaga Pengarah (tidak termasuk seorang Pengarah Gantian), yang terdiri daripada lima (5) Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, tiga (3) Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan dua (2) Pengarah Eksekutif Bukan Bebas (satu (1) Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan satu (1) Ketua Pegawai Eksekutif Dilantik), komposisi yang mana adalah selaras dengan perenggan 15.02 dalam KP. Komposisi Lembaga Pengarah ini mencerminkan kepentingan pemegang saham utama, tanpa menjejaskan kepentingan para pemegang saham minoriti. Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah bertindak sebagai penjaga kepentingan pemegang saham minoriti dan pandangan mereka membawa kesan penting dalam proses pembuatan keputusan Lembaga Pengarah. Kehadiran Pengarah Bukan Eksekutif Bebas memenuhi peranan penting dalam kebertanggungjawaban korporat. Walaupun para Pengarah mempunyai tanggungjawab yang setara di peringkat Lembaga Pengarah, peranan para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas adalah sangat penting kerana mereka memberikan pandangan yang tidak berat sebelah dan bebas, nasihat dan penilaian yang mengambilkira kepentingan, yakni bukan sahaja kepentingan Kumpulan, tetapi juga kepentingan pemegang saham minoriti, kakitangan, pelanggan, pembekal dan komuniti di mana Kumpulan menjalankan perniagaannya. Lembaga Pengarah meletakkan kepentingan yang tinggi ke atas keseimbangan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas kerana mereka bertindak sebagai sumber penting dalam memberi panduan yang adil dan profesional demi melindungi kepentingan para pemegang saham. Lembaga Pengarah mengkaji komposisi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya secara kerap untuk memastikan keseimbangan yang sesuai dan gabungan kemahiran dan pengalaman yang wajar. Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada individu-individu yang berkaliber tinggi dengan latar belakang profesional yang berkepelbagaian, berkemahiran serta berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masing-masing. Secara bersama, para Pengarah dengan kecekapan, keupayaan, kemahiran teknikal yang pelbagai dan pengalaman perniagaan yang berkaitan memberi nilai tambah dalam tadbir urus halatuju strategik Kumpulan. Lembaga Pengarah menggalakkan calon-calon wanita untuk menyertai Lembaga Pengarah. Pada 25 Julai 2012 dan 16 Januari 2013, Datuk Wira Jalilah Baba dan Datuk Nozirah Bahari masing-masing telah dilantik sebagai Pengarah. Lembaga Pengarah akan terus untuk melantik pengarah yang berkebolehan dan berwibawa secepat yang mungkin untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita dalam Lembaga Pengarah dalam tempoh terdekat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=