FGV Annual Report 2012
94 Felda Global Ventures Holdings Berhad Statement of Corporate Integrity Penyata Integriti Korporat DISCLOSURES & DECLARATIONS FGV expects all employees to adhere to the highest standards of ethics by promoting ethical behaviour and avoiding any possible conflicts of interest. All FGV management and senior executive and above are required to declare their assets and interest including their family business(es) to the Chief Human Resource Officer (C-HR) upon acquiring new assets or disposing existing assets whose values are more than three months salary. Similarly, gifts received by general managers and above shall be distributed to the needy and orphanage. The Company intends to review its existing asset declaration and gift policy in Financial Year 2013 to keep up with the more stringent requirements of the industry practice, higher public expectations and managing public’s perception. WHISTLE BLOWING POLICY In line with the spirit of good governance to preserve and protect the Group’s interests and reputation, FGV has revised its Whistleblowing Policy in December 2012. The Whistleblowing Policy communicates FGV’s serious view of any acts of wrongdoing by any of its employees and provides designated avenues for employees to raise their concerns in a confidential manner. The Policy extends to the investigation process and proper closure of all valid reports. Employees are accorded protection under the Policy for whistleblowing in good faith. PROCUREMENT ETHICS In order to build and maintain public trust, promote greater transparency and accountability throughout the Company, FGV revised its Procurement Policy & Procedures (PPP) effective 1 January 2012. As part of enhancement strategy, FGV also embarked on a road show in 2012 explaining its Procurement Code of Ethics for employees and vendors (PCE) which was revised effectively on 15 July 2011. While supporting the Procurement Red Book and complementing its CBE, the rules and regulations cultivate an ethical work environment that reduces graft, enables products to be purchased at competitive market prices and ultimately improves profitability. In FGV, stakeholders and employees are required to deal only with companies and organisations that uphold the principles of good governance. Active vendors took part in a Procurement & Integrity Survey for feedback. Their inputs were analysed and actions are taken to ensure continuous and effective improvement. PENDEDAHAN & PENGAKUAN FGV mengharapkan semua kakitangan mematuhi piawaian etika tertinggi dengan mendorong tatalaku beretika dan mengelakkan sebarang kemungkinan konflik kepentingan. Semua pengurusan FGV dan eksekutif kanan ke atas dikehendaki mengisytiharkan aset dan kepentingan mereka termasuk perniagaan keluarga mereka kepada Ketua Pegawai Sumber Manusia (C-HR) apabila mereka memperolehi aset baru atau melupuskan aset sedia ada yang nilainya melebihi jumlah tiga bulan gaji. Hadiah-hadiah yang diterima oleh pengurus besar dan ke atas juga akan diagihkan kepada golongan miskin dan anak yatim. Syarikat berhasrat untuk mengkaji semula dasar perisytiharan aset dan hadiah yang sedia ada pada Tahun Kewangan 2013 agar dapat memenuhi kehendak yang lebih ketat daripada pengamal industri, jangkaan awam yang lebih tinggi dan menguruskan persepsi awam. DASAR PENDEDAHAN MAKLUMAT Selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik untuk memelihara dan melindungi kepentingan dan reputasi Kumpulan, FGV telah menyemak semula Dasar Pendedahan Maklumat pada Disember 2012. Dasar Pendedahan Maklumat menekankan pandangan serius FGV terhadap sebarang perbuatan salah laku oleh mana-mana kakitangan dan menyediakan saluran yang sepatutnya bagi kakitangan menyuarakan kebimbangan mereka secara sulit. Dasar ini meliputi proses penyiasatan dan penutupan yang sewajarnya bagi semua laporan yang sah. Kakitangan diberi perlindungan di bawah Polisi ini untuk pendedahan maklumat dengan niat yang baik. ETIKA PEMEROLEHAN Dalam usaha untuk membina dan mengekalkan kepercayaan awam, menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi di seluruh Syarikat, FGV telah menyemak semula Dasar & Prosedur Pemerolehan (PPP) berkuatkuasa 1 Januari 2012. Sebagai sebahagian daripada strategi peningkatan, FGV juga telah memulakan jelajah jalanan pada 2012 bagi menerangkan Kod Etika Pemerolehan untuk kakitangan dan vendor (PCE) yang telah disemak semula pada 15 Julai 2011. Sambil menyokong Buku Merah Pemerolehan dan melengkapi CBEnya, kaedah- kaedah dan peraturan-peraturan tersebut memupuk persekitaran kerja beretika yang mengurangkan masalah rasuah, membolehkan produk-produk dibeli pada harga pasaran yang kompetitif dan akhirnya meningkatkan keuntungan. Dalam FGV, pemegang kepentingan dan kakitangan dikehendaki berurusan hanya dengan syarikat-syarikat dan organisasi yang mendukung prinsip-prinsip tadbir urus yang baik. Vendor-vendor yang aktif telah mengambil bahagian dalam Tinjauan Pemerolehan & Integriti bagi mendapatkan maklumbalas. Input mereka telah dianalisis dan tindakan telah diambil untuk memastikan penambahbaikan yang berterusan dan berkesan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=