FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 93 FGV are committed to conduct operations in accordance with high ethical standards and in compliance with the law. The establishment of Integrity Management & Compliance Department and FGV’s values embody that commitment. CODE OF BUSINESS ETHICS (CBE) FGV is guided in its dealings both internally and externally by an extensive Statement of Corporate Governance and Code Of Ethics/Code Of Conduct. These ensure the Company and employees observe the highest principles of integrity in our daily behaviour, and are constantly updated so as to be continuously relevant. FGV’s Code of Ethics embodies the six universal principles from Code of Business Ethics, Malaysia and is integral to ensuring compliance with the myriad rules, regulations and laws that apply to FGV as a GLC and a company listed on Bursa Malaysia. It sets standards to guide the actions within the Company. FGV’s CBE forms part of the Company’s Corporate Responsibility (CR) in the marketplace and workplace. The Code reminds employees that violation of the law, the Code or other company policies can result in disciplinary action. With the challenging business operating environment, FGV intends to review and enhance its Code of Ethics in Financial Year 2013. CORPORATE INTEGRITY PLEDGE AND INTEGRITY PACT As part of its commitment towards creating a business environment that is fair, transparent and free from corruption, FGV had signed both the Corporate Integrity Pledge and Integrity Pact with Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on 9 April 2012. This serves as a declaration of FGV’s support of the national agenda to combat corruption in line with the Government Transformation Programme. The Corporate Integrity Pledge commits a company to uphold the Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia. By signing this pledge, FGV has made a unilateral declaration that it will not be involved with corruption, commit any act of corruption,worktowardscreatingabusinessenvironmentthat isfreefromcorruption and will uphold the Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia. In addition, FGV has committed to promote integrity, transparency, fair business dealings and good governance in all aspects of its operations. Effective from 1 July 2012, FGV also implements integrity pact with vendors to refrain from (not offering or giving) corruption and involved in collusion to obtain a contract and speed up a business turnover. INTEGRITY TALKS FOR FGV LEADERS & MANAGEMENT To solidify the culture of integrity at FGV, it held an integrity awareness session for its Management Committee members and senior management on 22 June 2012. Among the topics highlighted were issues in integrity, progress of integrity initiative in the company and integrity in the delivery system. FGV komited untuk menjalankan operasi mengikut standard etika yang tertinggi dan mematuhi undang-undang. Penubuhan Jabatan Pengurusan & Pematuhan Integriti serta nilai-nilai FGV adalah bukti komitmen tersebut. KOD ETIKA PERNIAGAAN (CBE) Urusan dalaman dan luaran FGV dipandu oleh Penyata Tadbir Urus Korporat dan Kod Etika/Kod Tatalaku yang menyeluruh. Penyata dan Kod ini memastikan Syarikat dan para pekerjanya mematuhi prinsip-prinsip integriti yang tertinggi dalam tingkah laku harian, dan sentiasa dikemaskini agar terus kekal relevan. Kod Etika FGV merangkumi enam prinsip sejagat Kod Etika Perniagaan Malaysia dan adalah penting dalam memastikan pematuhan terhadap pelbagai peraturan dan undang-undang yang dikenakan ke atas FGV sebagai sebuah GLC dan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia menetapkan piawaian yang membimbing tindak tanduk Syarikat. CBE FGV merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Korporat Syarikat (CR) di pasaran dan di tempat kerja. Kod ini mengingatkan para pekerja bahawa ketidakpatuhan undang-undang, Kod atau polisi syarikat yang lain boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan disiplin. Dengan persekitaran operasi perniagaan yang mencabar, FGV berhasrat mengkaji semula dan memperbaiki Kod Etikanya pada Tahun Kewangan 2013. IKRAR INTEGRITI KORPORAT DAN PERJANJIAN INTEGRITI Sebagai sebahagian daripada komitmen ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah, FGV telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Perjanjian Integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April 2012. Ini adalah tanda sokongan FGV kepada agenda nasional untuk memerangi rasuah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan. Ikrar Integriti Korporat mempertanggungjawabkan sesebuah syarikat untuk mendukung Prinsip Pencegahan Rasuah bagi Syarikat-syarikat di Malaysia. Dengan menandatangani ikrar ini, FGV telah membuat perisytiharan unilateral bahawa ia tidak akan terlibat dengan rasuah, melakukan sebarang kegiatan rasuah, berusaha ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas dari rasuah dan akan mendukung Prinsip Pencegahan Rasuah bagi Syarikat-syarikat di Malaysia. Di samping itu, FGV telah memberi komitmen untuk meningkatkan integriti, ketelusan, urusan perniagaan yang adil dan tadbir urus yang baik dalam semua aspek operasinya. Berkuatkuasa 1 Julai 2012, FGV juga melaksanakan perjanjian integriti dengan vendor untuk menolak (tidak menawarkan atau memberi) rasuah dan tidak terlibat dalam pakatan sulit untuk mendapatkan kontrak dan mempercepatkan perolehan perniagaan. CERAMAH INTEGRITI UNTUK PEMIMPIN & PENGURUSAN FGV Untuk mengukuhkan budaya integriti di FGV, ia telah mengadakan sesi kesedaran integriti untuk ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan dan pengurusan kanan pada 22 Jun 2012. Antara perkara yang ditekankan adalah isu-isu berkaitan integriti, kemajuan inisiatif integriti dalam syarikat dan integriti dalam sistem penyampaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=