FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 95 To further strengthen FGV’s integrity practices, FGV has implemented Integrity Pact with vendors to abstain from bribery, collusion or any other corrupt practice, particularly in the procurement process. The pact outlines the rights and obligations of FGV and its suppliers. With the FGV Integrity Pact, suppliers including bidders of contracts will need to execute a declaration where they represent a pledge not to be involved in any activity related to direct or indirect payment, offering, pressuring or bribing which may affect the final tender decision. FGV Integrity Pact also binds all contract bidders to abstain from corrupt practices before, during and after the contract award. Any violation of the declaration will result in penalties including but not limited to termination of contracts, blacklisting, claims for liquidated damages as well as having the violation reported to the Malaysian Anti-Corruption Commission for legal prosecution. Through the Integrity Pact, FGV is complementing the Government’s initiative under the National Integrity Plan and the National Key Result Area (NKRA) with regards to ensuring integrity and proper compliance in its business operations. The FGV Integrity Pact is aligned with FGV’s vision to be the leading, globally integrated and diversified agribusiness Multinational Corporation and its core values of Walk the Talk (result-focused, continuous improvement and consequence management) and Respect for People (friendly, caring and dynamic) by instilling, internalising and upholding integrity and strong work ethics. It is also expected to further solidify FGV’s commitment to exemplary corporate citizenry. CERTIFIED INTEGRITY OFFICERS’ PROGRAMME As part of FGV’s commitment to maintaining the highest standard in our Code, FGV sent one officer to attend a six-month certified Integrity Officers’ Programme at the Malaysian Anti-Corruption Academy. This programme is the first of its kind introduced by the Government through Malaysian Anti-Corruption Commission in line with the national agenda for companies to have recognized integrity officers to plan, implement and monitor integrity programmes. Untuk mengukuhkan lagi amalan integriti FGV, FGV telah melaksanakan Perjanjian Integriti dengan para vendor untuk menghindari rasuah, pakatan sulit atau sebarang amalan rasuah yang lain, terutamanya dalam proses pemerolehan. Perjanjian itu menggariskan hak-hak dan kewajipan FGV dan para pembekal. Dengan Perjanjian Integriti FGV, para pembekal termasuk pembida kontrak perlu melakukan pengisytiharan di mana mereka berjanji untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan pembayaran langsung atau tidak langsung, menawarkan, mendesak atau memberi rasuah yang boleh menjejaskan keputusan akhir pemberian tender. Perjanjian Integriti FGV juga mengikat semua pembida kontrak untuk menghindari amalan rasuah sebelum, semasa dan selepas pemberian kontrak. Sebarang pelanggaran perisytiharan akan mengakibatkan penalti termasuk tetapi tidak terhad kepada penamatan kontrak, penyenaraian hitam, tuntutan ganti rugi serta laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah untuk pendakwaan undang-undang. Menerusi Perjanjian Integriti, FGV melengkapi inisiatif Kerajaan di bawah Pelan Integriti Nasional dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bermatlamat memastikan integriti dan pematuhan sewajarnya dalam operasi perniagaan. Perjanjian Integriti FGV adalah sejajar dengan wawasan FGV untuk menjadi sebuah Syarikat Multinasional yang terkemuka, bersepadu di peringkat global dan berkepelbagaian serta nilai-nilai terasnya iaitu “Walk the Talk” (fokus pada hasil, penambahbaikan berterusan dan pengurusan akibat) dan Menghormati Orang (mesra, prihatin dan dinamik) dengan memupuk, mendalami dan mendukung integriti dan etika kerja yang mantap. Ia juga dijangka akan mengukuhkan lagi komitmen FGV untuk menjadi warga korporat yang dicontohi. PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERKELAYAKAN Sebagai sebahagian daripada komitmen FGV untuk mengekalkan piawaian Kod tertinggi, FGV menghantar seorang pegawai untuk menghadiri Program Pegawai Integriti Berkelayakan selama enam bulan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. Program ini adalah yang pertama seumpamanya yang diperkenalkan oleh Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaras dengan agenda nasional agar syarikat-syarikat memiliki pegawai integriti yang diiktiraf untuk merancang, melaksana dan memantau program-program integriti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=