FGV Annual Report 2013

Sebagai pengeluar minyak sawit bersepadu, aktivitinya tertumpu kepada perladangan sawit, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM), penapisan dan pemeringkatan minyak sawit, pengeluaran minyak isirung sawit, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan perdagangan minyak sawit, pengeluaran dan pengedaran minyak masak juga produk dibungkus, serta penyimpanan pukal cecair dan kering. Melalui anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha samanya, FGV memilik 138 estet, 72 kilang sawit, lima kilang penghancuran isirung, 10 kilang penapisan, sembilan kilang getah, 10 pemasangan pukal dan dua loji oleokimia di Malaysia dan luar negara. FGV juga merupakan pengeluar terbesar gula halus di Malaysia melalui anak syarikatnya yang tersenarai, MSM Malaysia Holdings Berhad yang menghasilkan 57 peratus produk gula halus negara. Sebagai sebuah syarikat yang berazam untuk menjadi peneraju perniagaan asas tani dunia yang berpelbagai dan bersepadu, FGV juga komited kepada ketiga- tiga prinsip kemampanan: manusia, keuntungan dan planet. Ia mengusahakan satu program reformasi dan pengembangan yang agresif dan strategik untuk memastikan daya maju perniagaannya. Sebagai ahli Rundingan Meja Bulat Kemampanan Minyak Sawit (RSPO) yang aktif sejak 2004, FGV mempunyai pelan masa untuk mencapai pensijilan bagi semua kompleks kilangnya menjelang 2017. Paling ketara ia merupakan yang pertama di dunia mencapai pensijilan RSPO melibatkan estet peladang kecil dan syarikat pertama di luar Eropah mencapai Pensijilan Kemampanan dan Karbon Antarabangsa. Di samping itu, ia berada di barisan hadapan bagi projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui menggunakan biomas minyak sawit. Loji kuasa ‘hijau’ FGV di Sabah adalah yang pertama di dunia menggunakan 100 peratus Tandan Kosong (TK) kelapa sawit. Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada Jun 2012, FGV menyediakan pekerjaan kepada 19,000 pekerja di mana 20 peratus daripada mereka adalah keturunan peneroka-pekebun kecil FELDA. Didorong oleh pertimbangan komersil yang positif bagi memperkukuhkan lagi kedudukan dalam sektor minyak sawit, FGV telah mengambilalih baki 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dari Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) pada Disember 2013. Dengan pengambilalihan ini, FGV telah menjadi sebuah syarikat perladangan kelapa sawit bersepadu sepenuhnya yang membolehkan FGV untuk mencapai kecekapan operasi serta sinergi dalam rantaian nilai perladangan Kumpulan FGV. Gabungan kekuatan FGV dalam perniagaan perladangan dan hiliran, ditambah pula dengan aktiviti pertengahan dan hiliran FHB, ianya merupakan strategi FGV untuk menjadi salah satu daripada 10 konglomerat perniagaan asas tani di dunia pada tahun 2020. Bagi merealisasikannya, FGV telah menyediakan Pelan Induk Strategik Global yang merangkumi pelan pertumbuhan global eksponen melalui perkembangan huluan dan hiliran, transformasi modal insan dan pelaburan dalam inovasi dan teknologi. Untuk menjadi pemimpin global dengan: • Mewujudkan nilai melalui modal insan kami • Memperjuangkan budaya tempatan • Membina kelebihan melalui rantaian nilai bersepadu • Mempertingkatkan kepelbagaian dari segi komoditi dan geografi Felda Global Ventures Holdings Berhad 3

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=