FGV Annual Report 2013

Total Quality Management. As part of our branding exercise, we want FGV’s name to be synonymous with quality. Under our Total Quality Management framework, we have embarked on a group-wide effort to attain International Standard Organisation (ISO). Within the Group, we have adopted an integrated management system accreditation called Quality of Health, Safety and Environment System (QOSHE), which combines all related components of existing certifications such as ISO 9001, ISO 14001 and OHSAS 18001. In parallel we are also earning certification to other schemes specific to the palm oil industry. The foremost is the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), which is the main certification standard for the use of palm oil and its fractions in food and oleo-chemicals. Another one is the International Sustainability and Carbon Certification Scheme (ISCC) that ensures the palm oil used as feedstock for biofuels is truly sustainable. The Malaysian Palm Oil Board (MPOB) has also established its own Codes of Practice (CoP) as a certification scheme for food safety, quality assurance and sustainability along the oil palm supply chain. The CoP is a precursor to the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) palm oil certification standard that will be launched in early 2014. To date, 99 percent of the 71 mills operated by Felda Palm Industries Sdn Bhd have earned accreditation to QOSHE. The Group’s newly- acquired Pontian United Plantation QOSHE programme is underway and expects to be certified by mid-2014. The Group has a time-bound plan for all relevant complexes and facilities to be RSPO certified within a time frame of 2009-2017. As at year-end 2013, a total of 17 complexes have been RSPO certified, while another 10 have already completed the audit process for review by RSPO before certification is granted. 12 more complexes have been targeted to undergo the RSPO certification process in 2014, with another 12 earmarked for 2015 and 10 more in 2017. In the group-wide effort to promote ISCC as an operational excellence tool, 15 complexes have earned accreditation to ISCC. The year in review also saw a total of 12 mills, 33 estates and five nurseries certified with MPOB’s CoP. In the downstream cluster, three kernel crushing plants and FGV Biotechnologies have been certified with ISCC. This process is still underway in other plants and facilities identified for certification. Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Sebagai sebahagian daripada langkah penjenamaan, kami ingin nama FGV sinonim dengan kualiti. Di bawah rangka kerja Pengurusan Kualiti Menyeluruh, kami telah memulakan usaha di seluruh kumpulan untuk memperoleh akreditasi daripada pelbagai skim pensijilan kualiti, seperti daripada kelompok International Standard Organisation (ISO). Di dalam Kumpulan kami telah menerima pakai system pengurusan bersepadu yang dikenali sebagai Sistem Kualiti Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (QOSHE), yang menggabungkan semua komponen berkaitan pensijilan sedia ada seperti ISO 9001, ISO 14001 dan OHSAS 18001. Sejajar dengan itu, kami juga memperoleh pensijilan daripada skim- skim lain yang khusus untuk industri kelapa sawit, terutamanya akreditasi Rundingan Meja Bulat Kemampanan Minyak Sawit (RSPO) yang merupakan standard pensijilan utama bagi kegunaan industri kelapa sawit dan bahagiannya dalam industri makanan dan oleokimia. Pensijilan lain adalah International Sustainability and Carbon Certification Scheme (ISCC) yang memastikan minyak sawit yang digunakan sebagai bahan bagi bahan api bio benar-benar lestari. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga menggariskan Kod Amalannya (CoP) sendiri, sebagai skim pensijilan bagi keselamatan makanan, jaminan kualiti dan kemampanan di seluruh rantaian bekalan kelapa sawit. CoP ini menjadi tonggak kepada Kelapa Sawit Mampan Malaysia (MSPO) iaitu piawaian pensijilan kelapa sawit yang akan dilancarkan pada awal tahun 2014. Sehingga kini, 99 peratus daripada 71 kilang kendalian Felda Palm Industries Sdn Bhd telah memperoleh akreditasi QOSHE. Program QOSHE bagi Pontian United Plantation yang baru sahaja diambilalih oleh Kumpulan sedang dalam pelaksanaan dan dijangka akan mendapat pensijilan menjelang pertengahan tahun 2014. Kumpulan menetapkan sasaran masa bagi semua kompleks dan kemudahannya untuk memperoleh pensijilan RSPO dalam rangka masa dari 2009 – 2017. Pada akhir tahun 2013, sebanyak 17 kompleks telah dianugerahi sijil RSPO, sementara 10 yang lain telah menyiapkan proses audit untuk kajian oleh RSPO sebelum pensijilan diberi. 12 kompleks lain disasar untukmenjalani proses pensijilan RSPO pada 2014, dengan 12 yang lain ditetapkan pada 2015 dan 10 buah pada 2017. Dalam usaha di seluruh Kumpulan untuk memperkenalkan ISCC sebagai alat kecemerlangan operasi, 15 buah kompleks telah menerima pensijilan ISCC. Pada tahun yang ditinjau ini juga menyaksikan sebanyak 12 buah kilang, 33 ladang dan lima tapak semaian diberi pensijilan CoP MPOB. Dalam kelompok hiliran, tiga buah kilang penghancur isirung dan FGV Biotechnologies telah diberi pensijilan ISCC. Proses ini masih berterusan di kilang dan kemudahan lain yang telah dikenalpasti untuk pensijilan. CEO’s Review Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad 44

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=